Skip to main content

Posts

saya nak update blogger semula

Recent posts

CARA MEMBUAT DUTI SETEM

Sijil Setem . Kaedah ini adalah bagi permohonan adjudikasi yang dibuat melalui Sistem STAMPS. Sijil Setem akan dijana secara elektronik sebagai bukti penyeteman. Sijil Setem ini perlu dikepilkan atau dilekatkan kepada mana-mana surat cara yang berkaitan bagi membolehkan ianya dianggap telah disetemkan dengan sewajarnya. Setem Tertera . Kaedah ini adalah bagi penyeteman duti setem yang dibuat di Pejabat Setem Cawangan, yang berada di Cawangan-cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) seluruh negara dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) melalui Sistem Frangki Digital.  Setem Hasi l. Setem hasil hanya boleh didapati di semua Pejabat Pos seluruh Malaysia. Terdapat sembilan denominasi Setem Hasil iaitu; RM1.00; RM5.00; RM10.00; RM50.00; RM100.00; dan RM250.00.  Pembatalan Setem Hasil ke atas surat cara-surat cara boleh dilakukan di Pejabat Setem Cawangan, Pusat Khidmat Hasil dan Pejabat Setem Daerah .  Selain itu, Jadual 2, Akta Setem 1949 juga memberi kuasa kepada mana-mana

JENIS DUTI SETEM

PENGENALAN   Duti Setem dikenakan ke atas surat cara dan bukan transaksi. Surat cara didefinisikan sebagai setiap dokumen bertulis dan pada amnya duti setem dikenakan ke atas surat cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan. Surat cara yang dikenakan duti adalah surat cara yang tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949. Orang yang dikenakan duti adalah orang seperti yang disenaraikan di bawah Jadual 3 Akta Setem 1949. Taksiran dan Pungutan Duti Setem diperuntukkan di bawah undang-undang statut yang dikenali sebagai Akta Setem 1949. JENIS DUTI  1. Duti Ad Valorem   Duti dikenakan berdasarkan nilai yang dinyatakan dalam surat cara atau nilai pasaran yang berkaitan. Duti  ad valorem  (mengikut nilai) boleh dikenakan ke atas: surat cara pemindahan (secara jualan atau hadiah) hartanah termasuk sekuriti yang boleh dipasarkan (iaitu stok pinjaman dan saham syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia Berhad), saham-saham syarikat yang lain dan harta tak ketara

Maksud Elaun Modal

Elaun Modal Dalam menentukan pendapatan larasan sesuatu perniagaan bagi suatu tempoh asas, tiada potongan diberi untuk perbelanjaan modal atau susut nilai bagi aset yang digunakan dalam menghasilkan pendapatan tersebut. Walau bagaimanapun, Jadual 3, Akta Cukai Pendapatan 1967 telah memperuntukkan potongan berupa elaun untuk perbelanjaan modal tertentu yang telah dilakukan. Elaun modal hanya diberi kepada perniagaan. Hanya orang yang melakukan perbelanjaan pemerolehan aset yang digunakan di dalam perniagaan beliau sahaja yang layak menuntut elaun modal tersebut. Contoh aset yang digunakan di dalam perniagaan adalah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan lain-lain lagi. Jumlah elaun modal hendaklah diisikan dalam ruangan berkaitan yang terdapat dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan. Jenis Dan Kadar Elaun Modal Jenis Aset Elaun Permulaan (%) Elaun Tahunan (%) Jentera Berat / Kenderaan Bermotor 20 20 Loji dan Jentera 20 14 Komputer dan Peralatan ICT 20 40

Rebat Cukai Pendapatan Bagi Individu

Rebat Cukai Pendapatan Bagi Individu Yang Mempunyai Pendapatan Bercukai Kurang Daripada RM35,000. No Rebat Cukai Tahun Taksiran  2001 - 2008 (RM) Tahun Taksiran  2009 & Seterusnya (RM) a Taksiran Berasingan Isteri Suami - 350 350 - 400 400 b Taksiran Bersama Isteri Suami - 350 350 - 400 400 Jumlah 700 800 b Taksiran Di mana Salah Seorang Suami Atau Isteri Tiada Jumlah Pendapatan  Isteri Suami - 350 350 - 400 400 Jumlah 700 800 Lain-Lain Rebat Cukai No Rebat Cukai (RM) a Zakat/Fitrah Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan b Levi Pekerja Asing (Tidak terpakai mulai tahun taksiran 2011) Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan

Pelepasan Cukai Individu Pemastautin di MALAYSIA

Tahun 2016 Bil. Jenis Potongan Individu Amaun   (RM) 1 Individu dan saudara tanggungan 9,000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) ATAU Ibu dan Bapa  Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu  Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa 5,000 (Terhad) ATAU 3000 (Terhad) 3 Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya atau untuk suami/isteri, anak atau ibubapa kurang upaya) 6,000 (Terhad) 4 Individu Kurang Upaya 6,000 5 Yuran Pendidikan (Sendiri) 7,000 (Terhad) 6 Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak) 6,000 (Terhad) 7 Pemeriksaan perubatan penuh 500 (Terhad) 8 Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan 1,000 (Terhad) 9 Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun) 3,000 (Terhad) 10 Tabungan bersih dalam skim SSPN  (berkuatkuasa Tahun Taksiran 20

Tanggungjawab Pembayar Cukai

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk: Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Pembayar cukai individu hendaklah menghantar atau mengembalikan BNCP yang telah lengkap diisi pada atau sebelum 30 April bagi tiap-tiap tahun ke alamat berikut; Pusat Pemprosesan Maklumat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia  Aras Tanah, Menara Hasil No. 3, Jalan 9/10 Seksyen 9 43650 Bandar Baru Bangi  Selangor Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat. Mengira cukai pendapatan. Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan. Membayar cukai kena dibayar. Menyimpan Rekod Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal berikut bersama BNCP, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun: Borang EA/EC, Baucar dividen, Resit premium insurans, Resit pembelian buku, Resit perubatan, Resit derma, Resit pembayaran zakat,