Skip to main content

KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

PENGENALAN
Untuk menjalankan sebuah perniagaan dan mempastikan ianya bergerak kearah mencapai matlamat agar beroleh kejayaan bukanlah satu perkara yang mudah. Berbagai bentuk ilmu pengetahuan dan kemahiran tentang perniagaan perlu diketahui dan dipelajari oleh setiap individu yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
Selain pengetahuan pengurusan perniagaan seperti Pengurusan Pemasaran dan Pengurusan Organisasi, usahawan juga perlu menguasai berbagai kemahiran untuk mempastikan perniagaannya bukan sahaja maju tetapi juga berdaya saing, berkembang dan bertahan lama.
Untuk itu, antara kemahiran keusahawanan yang dibincangkan didalam unit ini ialah :
1. Teknik dan kemahiran dalam mencari peluang melalui pemikiran kreatif.
2. Kemahiran mengambil risiko
3. Kemahiran mencari sumber dalam perniagaan.
4. Kemahiran komunikasi dalam perniagaan.
5. Kemahiran membentuk jaringan.
6. Kemahiran kejurujualan



Comments

  1. as salam, untuk informasi di atas, ada rujukan tak ambik kat mana? sebab sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullah..sangat membantu beri saya satu cara yang betul dan beri ilmu yang bermafaat pada bakal usahawan.

    ReplyDelete
  3. Tq...yg comment...Ni sy Buat saja2 time belajar dulu...salah satu cara untuk sy menghafal dgn menaip.... Ni note Dari lecture ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PERANAN USAHAWAN DI MALAYSIA

Usahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh.  Mereka adalah individu yang unik dan berbeza dengan insan biasa. Ciri-ciri keusahawanan yang ada pada individu usahawan berupaya membangunkan bukan sahaja diri usahawan sendiri, tetapi juga bertanggungjawab kepada pembangunan masyarakat dan negara. Malah hasil usahawan mampu memberi kesejahteraan kepada masyarakat seluruh dunia. Ini adalah kerana usahawan merupakan daya penggerak yang mewujud, memulakan dan sentiasa berusaha memperkembangkan sesuatu usaha teroka yang diceburi. Jesteru itu mereka dapat mencipta pekerjaan kepada penduduk sesebuah negara. Ini seterusnya dapat mengatasi atau mengurangkan masalah pengangguran negara. Usahawan juga berperanan untuk meningkatkan pendapatan dan meninggikan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa u

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ; Fungsi Peniaga Usahawan Takrif Umum Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Membentuk Perniagaan Baru Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil. Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenal