nutt

Friday, April 29, 2011

MENGENALPASTI DAN MEMILIH PERNIAGAAN


Peluang ialah satu keadaan yang boleh memberi faedah atau membawa kejayaan kepada seseorang yang muncul atau diwujudkan untuk diambil segera. Peluang biasanya menghampiri seseorang itu dalam keadaan yang samar-samar dan tidak pasti. Cuma seseorang yang cekap dan bersedia sahaja yang dapat mencekup peluang yang ujud di hadapannya. Peluang yang lambat direbut akan terlepas ke tangan orang lain.
Setiap perniagaan bermula daripada peluang yang dapat dikenalpasti dan diambil kesempatan untuk dimajukan. Kewujudan peluang perniagaan untuk menawarkan barangan dalam pasaran tertentu bergantung kepada perubahan dan arah aliran dalam faktor-faktor persekitaran yang meliputi suasana ekonomi, sosiobudaya, politik, undang-undang, teknologi dan tahap persaingan.
Ini ialah kerana faktor-faktor persekitaran mempengaruhi perubahan dalam permintaan pelanggan terhadap jenis barangan tertentu. Maka, proses memerhati dan meneliti perubahan dan arah aliran dalam faktor-faktor persekitaran sangat penting kepada seseorang usahawan untuk merebut peluang perniagaan dalam pasaran tertentu.
Yang dimaksudkan dengan peluang dalam pasaran ialah apabila masih terdapat ruang atau kesempatan untuk menawarkan barangan yang boleh memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan.
Terdapat dua situasi bagaimana peluang perniagaan boleh wujud dalam pasaran.
Situasi pertama ialah barangan yang sudah wujud dalam pasaran tetapi masih belum dapat memenuhi sepenuhnya permintaan dan citarasa daripada pelanggan. Ini mungkin disebabkan barangan kurang bermutu, kurang pilihan, harga yang tidak berpatutan, sukar diperolehi atau ciri yang kurang menarik.
Situasi kedua ialah pelanggan inginkan barangan yang dapat membantu menyelesaikan masalah mereka seperti alat yang boleh mempercepatkan proses menoreh getah, cecair yang boleh mengilatkan kereta tanpa banyak usaha atau perisian komputer untuk mempercepatkan kerja-kerja pejabat.
Mengenalpasti, mengkaji dan memilih peluang perniagaan bukan suatu perkara yang mudah. Ia dianggap sebagai satu langkah bagi seseorang usahawan dalam usaha untuk memulakan perniagaan. 

Cara-cara Untuk Mengenalpasti Peluang Perniagaan

Perniagaan bergantung kepada manusia dan aktivitinya. Selagi ada aktiviti-aktiviti ini, selagi itulah ada peluang-peluang perniagaan. Bukannya mudah untuk mengenal pasti peluang perniagaan, semua jenis perniagaan yang hendak kita lakukan, kebanyakkannya telah dijalankan oleh orang lain. Oleh yang demikian, kita takut menceburkan diri dalam dunia perniagaan, kerana kita tidak dapat mengenal pasti peluang perniagaan. Tetapi peluang ini terdapat pada seseorang yang mempunyai sifat-sifat keusahawanan.
Semua jenis perniagaan yang ada sekarang berpunca daripada DAYA PEMIKIRAN. Berikut disenaraikan beberapa cara yang usahawan-usahawan gunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan. 
· Daya Fikiran
Gunakan daya fikiran untuk berfikir setiap masa, tumpukan fikiran terhadap perniagaan, cuba ubahkan apa yang dilihat, supaya ia dijadikan barang perniagaan. Berfikir selalu. Gunakan daya pemikiran untuk membayangkan sesuatu yang boleh menimbulkan keuntungan. Dengan lain perkataan, kebolehan imaginasi untuk menimbulkan perkara atau barang baru di pasaran. Jika kebolehan berfikir kurang, berkumpullah beramai-ramai dan adakan brainstorming. Perbincangan begini selalu berhasil mengeluarkan idea baru.
· Melalui Masalah Yang Ada
Segala aktiviti-aktiviti manusia mesti menempuhi masalah. Baik urusan di rumah, di pejabat dan lain-lain hal berkenaan dengan kehidupan manusia mesti menempuhi masalah. Walaupun sekarang zaman sains dan teknologi moden, manusia tetap mempunyai masalah, tidak ada perkara yang tidak mempunyai masalah. Jadi dengan masalah-masalah ini, kita boleh menukarkannya menjadi punca masalah. Penyelesaian kepada masalah merupakan peluang perniagaan, gunakan daya pemikiran untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada, dan fikirkan cara perniagaan yang bersesuaian sebagai penyelesaian masalah. Kebanyakan daripada perniagaan yang ada sekarang berpunca daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia dulu kala. ///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
· Melalui Keperluan Manusia
Sememangnya kehidupan manusia, tidak kira apa bangsa memerlukan sesuatu untuk memenuhi kehendaknya. Manusia perlu makan dan minum, perlukan keselamatan, perlukan kesenangan dan kemewahan serta keselamatan. Keperluan-keperluan ini biasanya berterusan tanpa berhenti selagi seseorang itu masih hidup. Dengan adanya keperluan-keperluan asas semulajadi manusia, usahawan terpaksa memikirkan barangan-barangan dan perkhidmatan yang baru untuk memuaskan hati manusia. Keperluan kepuasan hidup memang luas, boleh dikatakan dari segi makanan, keselamatan, kewangan, hiburan, pakaian dan lain-lain. Keperluan semulajadi manusia telah menimbulkan beberapa jenis barangan seperti radio, televisyen dan telefon.
· Mengkaji Selidik Barang Yang Ada
Barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada sekarang merupakan daya cipta, dan ubahan usahawan dahulu supaya bersesuaian dengan keadaan sekarang. Tetapi oleh kerana aktiviti penghidupan manusia terus berubah, barangan yang ada sekarang juga perlu diubah dan dikaji selidik.Pengubahan kepada barangan yang ada dan rekaan barang-barang baru untuk barang-barang yang ada akan menampakkan bahawa barang itu barangan baru dan akan mendapat perhatian pengguna dan akan memberi peluang perniagaan kepada sesiapa yang mengubah atau merekanya……………………………………………..
· Meneliti Permintaan Pasaran
Kehendak dan keperluan pasaran berubah dari semasa ke semasa. Misalnya, pisang emas dan manggis untuk dieksport ke Jepun. Pucuk asparagus untuk dieksport ke Amerika Syarikat. Dalam segi perkhidmatan perniagaan, permintaan pengguna mewujudkan pasar tani dan pasar-pasar malam di beberapa tempat di Malaysia. Bakal usahawan terpaksa meneliti permintaan pasaran yang baru jika mahu mendapat peluang perniagaan. ///////////////////////////////////////////////////////////////.
· Meneliti Perkembangan Ekonomi Dan Pembangunan Negara
Ekonomi negara juga berubah dari semasa ke semasa. Projek-projek pembangunan juga ada dari semasa ke semasa. Dengan adanya aktiviti ini, usahawan dapat mengenal pasti di mana projek-projek ini akan diadakan dan bagaimana kita boleh mencebur diri dalam pembangunan tersebut. Misalnya apabila ada rancangan Pembangunan Bandar Sungai Buluh, tuan punya tanah menaikkan harga tanahnya, dan peniaga-peniaga lain berebut-berebut membeli tanah di Sungai Buluh. Sehubungan dengan rancangan ini, banyak projek-projek perumahan telah didirikan sebagai mengambil langkah merebut peluang perniagaan. Jika ada pembangunan dan projek baru, akan ada juga peluang pembangunan yang baru.
· Melalui Pergaulan Harian
Perhubungan dan pergaulan harian kita dapat memberi peluang perniagaan kepada kita. Dengan cara mengumpulkan maklumat-maklumat yang diberi, mungkin ia dapat diubah kepada satu perniagaan dan kadangkala tawaran terus kepada kita sebagai peluang perniagaan. Misalnya jika kita bergaul dengan pengurus bank, sedikit sebanyak maklumat-maklumat yang kita bincangkan bersama dapat dijadikan perniagaan. Lihat apa yang diusahakan oleh rakan-rakan kita. Dengar apa yang dicakapkan oleh orang-orang di sekeliling kita, proseskan, maklumat ini sebagai sumber perniagaan.
· Melalui Bacaan
Segala idea-idea baru yang diketahui oleh orang ramai melalui bacaan. Segala teknologi baru yang akan dikeluarkan biasanya disiarkan di suratkhabar atau di majalah. Jadi sebagai bakal usahawan, seseorang itu mestilah cepat mendapat maklumat-maklumat ini dan bertindak segera sebelum diketahui orang lain. Peluang-peluang perniagaan banyak terdapat di suratkhabar tetapi orang ramai tidak dapat mengenal pastinya sama ada ianya peluang perniagaan. Hanya orang yang mempunyai sifat-sifat usahawan dapat mengetahui yang mana peluang perniagaan dan yang mana bukan. Misalnya, suratkhabar dan majalah selalu mengeluarkan iklan mencari pengedar, mencari rakan kongsi, menjual perniagaan dan sebagainya. Bacaan-bacaan harian dapat membawa kita kepada peredaran pasaran, pembangunan negara dan mengetahui teknologi-teknologi yang baru di pasaran.
· Melalui Kemahiran Yang Ada
Kemahiran seseorang merupakan punca perniagaan, di mana kemahiran ini boleh dijual sebagai perkhidmatan atau kemahiran ini boleh mereka jadikan barang-barang baru untuk dijual. Contohnya, tukang-tukang besi yang membuat pagar-pagar besi dan rekabentuk daripada besi. Ahli senireka yang membuat barang seni yang dijualkan di pasaran dan pelukis-pelukis yang menjual lukisannya. Seseorang yang pakar dalam bidang pendawaian elektrik sesuai untuknya berniaga sebagai juruelektrik dan pemasangannya. Sesiapa yang banyak pengetahuannya boleh menjual pengetahuannya untuk ceramah, seminar dan lain-lain kursus. Banyak lagi kemahiran yang boleh digunakan sebagai peluang perniagaan. ///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

KAEDAH MENGENAL PASTI, MENGKAJI DAN MEMILIH PELUANG PERNIAGAAN

Proses Mengenalpasti, Mengkaji Dan Memilih Peluang Perniagaan
Terdapat empat langkah utama yang perlu dilakukan oleh seseorang usahawan atau bakal usahawan dalam mengenalpasti, mengkaji dan memilih peluang-peluang perniagaan. Langkah-langkah tersebut ialah :
Langkah 1: Mengenalpasti keperluan dan kehendak pelanggan
Langkah 2: Menganalisis persekitaran, penilaian diri dan nilai masyarakat
Langkah 3: Menilai peluang-peluang perniagaan
Langkah 4: Memilih peluang perniagaan dan merangka rancangan perniagaan
LANGKAH 1
Mengenalpasti Keperluan dan Kehendak Pelanggan
Setiap perniagaan bermula dari wujudnya keperluan dan kehendak pelanggan terhadap sesuatu barangan. Keperluan merupakan sesuatu yang asas yang mesti diperolehi, dimiliki dan digunakan dalam kehidupan seseorang. Ini termasuklah makanan, pakaian, perlindungan, pendidikan dan keselamatan.
Namun demikian, manusia juga mempunyai kehendak yang merupakan keinginan atau kemahuan peribadi untuk sesuatu yang lebih sempurna daripada yang asas. Kehendak seseorang itu lebih dipengaruhi oleh budaya, tahap pendidikan, tahap kemampuan dan keperibadiannya.
Keperluan dan kehendak manusia adalah terhad dan pelbagai. Ini membuka banyak peluang perniagaan untuk penawaran produk dan perkhidmatan.
Produk adalah sesuatu yang mempunyai rupabentuk fizikal bagi memenuhi samada secara langsung atau tidak langsung keperluan dan kehendak pelanggan.
Perkhidmatan pula adalah sesuatu yang tidak mempunyai rupabentuk fizikal tetapi mampu memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Maka, seseorang usahawan mesti sentiasa peka tentang perubahan-perubahan yang berlaku dalam keperluan dan kehendak untuk mengenalpasti peluang-peluang perniagaan yang wujud. ///////////////////////////////////////////////////////////////////////
LANGKAH 2
Menganalisis Persekitaran, Penilaian Diri dan Nilai Masyarakat.
Dalam usaha meninjau peluang-peluang perniagaan terdapat 3 perkara penting yang perlu diambilkira iaitu persekitaran, penilaian diri dan nilai masyarakat.
Persekitaran.
Dalam meninjau persekitaran faktor-faktor berikut boleh juga diambilkira :
Struktur penduduk, pendapatan dan citarasa.
Perubahan struktur penduduk, peningkatan pendapatan dan perubahan citarasa masyarakat boleh membuka peluang-peluang perniagaan. Mengenai perubahan struktur penduduk, sekiranya peratusan golongan belia lebih besar daripada golongan tua dan kanak-kanak, maka keadaan ini akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan yang berkaitan dengan keperluan dan kehendak golongan remaja.
Mengenai peningkatan pendapatan pula ia akan meninggikan kuasa membeli dan kemampuan pengguna. Ini membuka peluang dalam pelbagai bidang perniagaan yang sesuai dengan taraf pendapatan masyarakat setempat. Contohnya, kesan daripada peningkatan pendapatan, permintaan ke atas kereta akan meningkat. Ini akan membuka banyak peluang perniagaan yang berkaitan seperti perniagaan alat-ganti, aksesori, tayar dan bateri.
Begitu juga dengan perubahan citarasa pelanggan yang mewujudkan berbagai peluang perniagaan. Contohnya apabila penerimaan masyarakat setempat terhadap makanan segera meningkat, lahirlah berbagai-bagai jenis tempat makanan segera seperti restoren "KFC", "Mc. Donald", "A&W" dan "Pizza Hut".
Kajian Ke Atas Data Import dan Eksport.
Nilai dan kuantiti import dan eksport sesuatu produk atau perkhidmatan yang meningkat dari masa ke semasa menggambarkan ada potensi pasaran tempatan dan antarabangsa. Begitu juga dengan dasar-dasar industri penggantian import dan galakan eksport boleh dilihat sebagai peluang perniagaan yang menguntungkan.
Kajian terhadap Sumber Tempatan dan Penemuan Teknologi.
Terdapat banyak sumber tempatan yang masih belum dimajukan dan berpotensi sebagai peluang perniagaan. Penemuan-penemuan teknologi terbaharu dapat memajukan sumber-sumber tersebut dan memberi peluang kepada usahawan mengusahakannya secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Perkara ini dapat dilihat dalam kemajuan industri kraftangan dan industri hasil pertanian.
Rantaian Industri.
Pengeluaran sesebuah industri mungkin memerlukan input daripada industri-industri lain. Begitu juga keluarannya menjadi input kepada industri-industri lain. Dengan ini wujud interaksi atau rantaian antara industri daripada sektor yang sama atau sektor yang berlainan.
Contohnya : Kemunculan industri berat seperti perusahaan kereta nasional memberi peluang kepada pertumbuhan industri-industri kecil sebagai industri sokongan.
Rantaian Industri Perusahaan Kereta Nasional
Rantaian ke Belakang Rantaian ke Hadapan
Industri komponen Pengedaran kereta
Pengangkutan PERUSAHAAN Bengkel kereta
Restoren/gerai makanan KERETA Pembekal Alat Ganti
Pembersihan NASIONAL Kereta Sewa
Pembekalan (PROTON) Pengangkutan Lori
Rancangan Pembangunan Kerajaan dan Swasta.
Terdapat berbagai program pembangunan ekonomi kerajaan yang telah memberi peluang perniagaan kepada usahawan secara langsung atau tidak langsung. Contohnya dalam Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Kompleks Kerajaan Putra Jaya di Sepang, Bandar Industri Proton di Tanjung Malim, pembukaan bandar-bandar baru, tapak perindustrian baru, dasar penswastaan, dasar pertanian negara dan dasar industri negara.
Meneliti Peluang perniagaan melalui akhbar, majalah tempatan dan luar negeri.
Peluang perniagaan juga boleh didapati menerusi media massa, internet seperti iklan perniagaan dan tawaran tender.
Mengkaji Masalah Sosial Setempat.
Masalah sosial kawasan setempat juga boleh memberi idea perniagaan. Baru Contohnya sekiranya penduduk di satu kawasan perumahan selalu mengalami kecurian dan pecah rumah. Ini akan membuka peluang perniagaan baru seperti kedai alat-alat keselamatan, perniagaan pemasangan alat-alat keselamatan dan perniagaan khidmat keselamatan.
Undang-undang dan peraturan.
Perlaksanaan sesuatu undang-undang/peraturan baru juga akan mewujudkan peluang perniagaan baru. Contohnya Kerajaan telah mewajibkan penggunaan kotam hitam pada bas ekpres ini akan menimbulkan permintaan yang tinggi terhadap pemasangan kotak hitam dan ini merupakan satu peluang perniagaan yang baik. Begitu juga dengan galakan Kerajaan agar kakitangan Kerajaan memakai batik, ini telah menyebabkan permintaan terhadap batik meningkat. Ini merupakan peluang perniagaan kepada usahawan.
Penilaian Diri.
Perkara kedua yang perlu diambil kira dalam meninjau peluang-peluang perniagaan ialah dengan melihat apa yang ada pada diri seseorang. Ini adalah penting untuk diseimbangkan dengan peluang-peluang yang ada sebelum dimajukan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira termasuk :
Pengalaman
Ramai usahawan menjalankan perniagaan yang sesuai dengan pengalaman yang dimiliki terutamanya melalui pengalaman kerjaya. Contohnya, seorang jurutera yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya berkemungkinan untuk menjadi seorang kontraktor apabila melihat peluang-peluang kontrak yang terbuka luas. Manakala, seorang pensyarah fesyen mungkin meletakkan jawatan kerana ingin menumpukan sepenuh masa dan tenaga terhadap perniagaan butik pakaian.
Pengetahuan dan Kemahiran
Pengetahuan dan kemahiran ada kaitan dengan pengalaman yang dimiliki. Pengetahuan dan kemahiran penting untuk menentukan yang seseorang itu benar-benar tahu apa yang hendak dilakukan ke atas perniagaan yang akan diceburi. Contohnya, seseorang kontraktor bukan sahaja mesti mengetahui bagaimana hendak menguruskan perniagaan tetapi juga perlu mengetahui bagaimana hendak membina sebuah bangunan. Walaupun dalam dunia perniagaan yang sebenarnya usahawan tersebut boleh mengupah orang lain atau mencari rakan kongsi yang berkemahiran dalam bidang berkenaan tetapi adalah lebih baik usahawan itu sendiri yang memiliki kemahiran tersebut melakukannya supaya dapat menambahkan keyakinan diri dan tidak tertipu dengan gelagat orang lain.
Kedudukan Kewangan
Kedudukan kewangan adalah faktor penting sama ada peluang perniagaan itu dapat dimajukan atau sebaliknya. Sumber kewangan yang mencukupi sama ada dalam bentuk wang tunai atau aset tetap akan menjadi penentu kepada jenis perniagaan dan saiz pelaburan yang terlibat dalam sesebuah perniagaan yang terpilih.
Walaupun seseorang boleh memikirkan sumber-sumber lain seperti pinjaman dari institusi-institusi kewangan tetapi sebahagian daripada kos projek adalah daripada usahawan itu sendiri. Justeru itu perniagaan yang dicadangkan mesti sesuai dengan kemampuan pelaburan yang boleh disediakan.
Minat
Bidang perniagaan yang hendak dipilih mestilah berdasarkan kepada minat. Minat dapat memberikan keyakinan dan rasa tanggungjawab yang lebih ke atas perniagaan yang akan dimajukan. Bidang perniagaan dianggap sebagai satu profesyen yang memerlukan disiplin dan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi.
Jaringan Perhubungan (networking)
Sesuatu peluang perniagaan yang wujud akan menjadi sukar dimajukan oleh seseorang usahawan sekiranya jaringan perhubungan dengan orang lain sangat terhad. Contohnya, seseorang kontraktor binaan perlu mengenali banyak pihak seperti ahli-ahli politik, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, pegawai-pegawai bank dan insuran, pembekal-pembekal bahan binaan, kontraktor-kontraktor lain dan ramai lagi untuk mudah mendapat dan menyempurnakan kontrak-kontrak tertentu.
Nilai Masyarakat
Setelah meninjau persekitaran dan menilai dirinya, usahawan juga perlu menentukan sama ada peluang yang akan diambil itu selaras dengan nilai-nilai masyarakat tempat operasi perrniagaan akan dijalankan. Adalah penting untuk memastikan supaya perniagaan yang bakal dijalankan tidak bertentangan dengan nilai masyarakat setempat. Contohnya, walaupun perniagaan empat nombor ekor merupakan satu peluang perniagaan yang menguntungkan dan sah dari segi undang-undang tetapi ia bertentangan denagn nilai masyarakat Melayu yang beragama Islam.
LANGKAH 3
Menilai Peluang Perniagaan
Diperingkat ini usahawan mungkin ada dua atau lebih peluang perniagaan yang menarik dan ingin dimajukan. Walau bagaimanapun, pilihan perlu dilakukan sebab adalah sukar untuk seseorang memulakan berbagai perniagaan secara serentak. Proses menilai peluang-peluang perniagaan membantu usahawan memilih satu peluang perniagaan yang akan diberi sepenuhnya. Proses ini merangkumi empat faktor iaitu :
Sah Dari Segi Undang-undang
Seseorang usahawan mesti mempastikan peluang-peluang perniagaan yang ingin dimajukan itu sah dari segi undang-undang perdagangan. Contohnya, perniagaan membeli dan menjual kaset cetak rompak adalah salah dari segi undang-undang. Implikasi ke atas perniagaan yang tidak sah ialah ia tidak boleh didaftarkan, tidak layak memohon pinjaman daripada institusi kewangan dan boleh diambil tindakan undang-undang.
Kuasa Monopoli Dan Tahap Persaingan
Seseorang usahawan juga seharusnya memilih peluang perniagaan yang tidak dimonopoli oleh sesuatu pihak atau kumpulan tertentu. Jenis perniagaan ini banyak mendatangkan masalah terutamanya masalah sabotaj dan penembusan pasaran terkawal. Contohnya, kerajaan mengeluarkan permit import kepada orang perseorangan dan kumpulan untuk membawa masuk Limau Mandarin ke negara ini tetapi tidak ramai pengusaha yang berani merebut peluang tersebut. Ini memandangkan perniagaan berkenaan telah dikuasai oleh sekumpulan peniaga yang mempunyai persatuan dan rantaian yang kukuh dan tidak membenarkan orang lain berbuat demikian.
Keadaan yang sama juga berlaku dalam pengimportan dan pembekalan cili kering, bawang dan kentang yang dimonopoli oleh pengimport dan pemborong yang beroperasi di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
Usahawan juga perlu memikirkan tahap persaingan dalam menentukan jenis perniagaan yang akan diceburi. Adalah wajar untuk tidak menceburi bidang perniagaan yang telah "sesak" yang tahap persaingannya terlalu kuat kecuali usahawan itu mempunyai sumber bahan mentah yang murah atau sesuatu formula pengeluaran unik yang tidak dimiliki oleh orang lain.
Dalam memilih peluang perniagaan, adalah wajar untuk menyenaraikan setiap peluang dengan tahap pesaingan sama ada tinggi, rendah atau sederhana. Seseorang usahawan perlu memilih jenis perniagaan yang mempunyai tahap persaingan yang rendah supaya mampu untuk menguasai pasaran produk atau perkhidmatan dengan mudah. ///////////////////////////////////////////////////////////////
Keperluan Modal
Mengkaji keperluan modal yang diperlukan bagi memulakan perniagaan adalah penting. Modal diperlukan bagi membiayai pelaburan ke atas harta tetap (tanah, bangunan, mesin dan peralatan) dan modal pusingan. Pembiayaan perniagaan boleh dilakukan sama ada menggunakan sumber kewangan sendiri atau daripada sumber luaran seperti menerusi pinjaman bank, syarikat kewangan dan koperasi. Perniagaan yang akan dijalankan mesti bersesuaian dengan sumber-sumber kewangan yang ada untuk mempastikan usahawan tidak menghadapi masalah selepas perniagaan bermula.
Risiko
Usahawan tidak boleh mengambil peluang perniagaan yang ada selagi tidak mengambil kira risiko yang akan dihadapi. Dalam perniagaan, risiko merupakan kemungkinan berlakunya kejayaan atau kegagalan. Oleh sebab itu, usahawan perlu mengenalpasti risiko yang bakal dihadapi dengan mengambil kira berapakah peratusan kejayaan dan peratusan kegagalan. Berdasarkan pengiraan ini, usahawan akan membuat keputusan sama ada akan meneruskan perniagaan tersebut atau tidak.
Pada amnya, darjah (tinggi atau rendah) risiko yang akan dihadapi oleh seseorang usahawan bergantung kepada tiga faktor. Pertama, susah atau senang untuk memasuki sesuatu bidang perniagaan.Kedua jumlah/ saiz modal yang akan dilaburkan.Ketiga , besar atau kecil kadar keuntungan yang diharapkan daripada perniagaan yang bakal diusahakan.
Pilihan Perniagaan
Kategori
Tahap Risiko
Jangkaan Pulangan
Contoh
A
Senang
Rendah
Rendah
Restoran
B
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Pasaraya
C
Susah
Tinggi
Tinggi
Kontraktor
Berdasarkan kepada analisa di atas, setiap pilihan perniagaan di atas amat berbeza dari segi tahap risiko dan pulangannya. Sekiranya seseorang usahawan tidak ingin menanggung risiko yang tinggi walaupun perniagaan yang mereka pilih hanya memberi pulang keuntungan yang sedikit maka perniagaan restoran adalah yang patut dipilih. Ini kerna perniagaan ini mudah diuruskan dan risikonya adalah rendah.
Sekiranya seseorang usahawan bermotifkan keuntungan yang lumayan dan sanggup menghadapi risiko yang tinggi, maka bidang kontraktor adalah sesuai.
Secara umum, terdapat dua (2) jenis risiko yang besar yang perlu diberi perhatian sebelum dan semasa menjalankan perniagaan. Risiko tersebut terdiri daripada risiko perniagaan dan risiko kewangan.
Risiko perniagaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, risiko yang boleh dipindahkan kepada pihak lain iaitu diinsurankan seperti kebakaran, kecurian harta benda perniagaan dan kecederaan pekerja. Kedua, risiko yang boleh dikawal oleh usahawan tetapi tidak seratus peratus seperti jangkaan pasaran, kadar pemberhentian pekerja, kualiti barangan dan kerosakan jentera. Ketiga, risiko yang tidak boleh dikawal oleh usahawan seperti kemelesetan ekonomi, kenaikan dan kejatuhan nilai matawang serta bencana alam.
Risiko kewangan termasuk :-
Tahap Kecairan (Ketunaian)
Jika tahap kecairan perniagaan adalah rendah (kurang cair) ada kemungkinan perniagaan akan menghadapi masalah menyelesaikan hutang jangka pendek seperti hutang kepada pembekal dan overdraf.
Pinjaman
Sekiranya ingin membuat pinjaman, usahawan mesti juga sanggup membayar hutang. Setiap pinjaman ada risiko memandangkan jumlah bayaran balik pinjaman adalah tetap (pokok & faedah) sedangkan hasil jualan sentiasa berubah-ubah.
Kredit
Sekiranya dasar syarikat memberi kredit kepada pelanggan, usahawan akan menghadapi risiko dalam mendapatkan semula kredit (hutang) tersebut.
Tukaran Wang Asing
Sekiranya perniagaan tersebut melibatkan pertukaran wang asing, usahawan terpaksa menanggung risiko yang berkaitan dengan turun atau naik nilai mata wang yang diurusniagakan.
LANGKAH 4
Memilih Peluang Perniagaan dan Merangka Rancangan Perniagaan

Setelah beberapa peluang perniagaan menjalani proses penilaian, usahawan boleh memilih satu peluang perniagaan sahaja yang akan dimajukan seterusnya. Sama ada peluang perniagaan tersebut boleh dilaksanakan atau tidak bergantung kepada kajian-kajian yang dibuat dalam aspek Rancangan Pentadbiran, Rancangan Pemasaran, Rancangan Operasi dan Rancangan Kewangan.
4.2 FAKTOR YANG PERLU DIAMBILKIRA DALAM MEMULAKAN PERNIAGAAN
· Modal
Usahawan mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan menjalankan perniagaan.
Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz dan jenis perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan.
Modal boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman bank, satu kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan membayar balik pinjaman.
· Lokasi (Tempat Perniagaan)
Usahawan mesti bijak memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan perniagaan. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan.
Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.
· Minat, pengetahuan dan pengalaman
Usahawan mesti mempunyai minat dalam perniagaan. Minat itu mestilah berkekalan dan bukan sekadar sementara waktu sahaja. Jika tidak, perniagaannya susah untuk dijalankan.
Usahawan juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan yang akan diceburinya. Contohnya, jika dia hendak membuka kedai pakaian, dia mesti tahu dari mana untuk mendapatkan stok pakaian itu.
Usahawan juga harus memperolehi pengetahuan dan pengalaman mengenai selok-belok pengurusan, mengurus wang, stok, masa, melayan pelanggan, menyimpan rekod dan akaun serta lain-lain lagi.
Pengalaman boleh diperolehi dengan cara bekerja, sebagai pembantu dalam bidang perniagaan yang berkenaan.
Pengetahuan boleh diperoleh dengan belajar di sekolah, maktab atau universiti, membaca buku-buku yang berkenaan, mengikut kursus perniagaan, bertanya, berbincang dan memerhati peniaga-peniaga lain menjalankan perniagaan mereka. //////////////////////////////////////////////////////////
· Jenis dan saiz perniagaan
Usahawan mesti menentukan jenis dan saiz perniagaan yang hendak dijalankan. Jenis perniagaan hendaklah bersesuaian dengan kebolehan, pengetahuan dan pengalamannya.
Saiz perniagaan hendaklah juga bersesuaian dengan modal yang ada, kebolehan, pengalaman dan pengetahuan untuk mengawal dan mengurus perniagaan itu. Saiz perniagaan yang kecil mudah dimulakan serta diurus. Perniagaan secara besar-besaran memerlukan modal yang besar dan tidak begitu mudah dikendalikan.
· Persaingan
Usahawan juga mesti memikirkan tentang persaingan yang akan dihadapinya. Kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti pesaing-pesaing, bilangannya, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan mereka.
Membuka perniagaan di tempat yang banyak mempunyai persaingan tentu tidak akan dapat menarik ramai pelanggan pada mulanya. Tetapi jika usahawan dapat memberi layanan yang lebih baik, pelbagai pilihan barang, harga yang berpatutan dan perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan banyak pelanggan akan tertarik untuk kekedainya.//////////////
· Undang-undang dan peraturan
Usahawan mesti mengetahui undang-undang, peraturan-peraturan serta akta-akta yang mengawal perjalanan perniagaan dalam negara kita agar tidak melanggar undang-undang, peraturan, atau akta yang boleh menghalang perjalanan perniagaan.
Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Tempatan, Majlis Bandaran atau Dewan Bandar Raya telah menetapkan jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di kawasan-kawasan tertentu serta jenis lesen yang diperlukan. Usahawan mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Di samping itu, semua perniagaan mesti didaftarkan dengan pihak-pihak tertentu kecuali penjaja bergerai yanng hanya perlu mendapatkan lesen menjaja daripada pihak berkuasa tempatan. Usahawan juga mesti mematuhi berbagi-bagai akta seperti Akta Perihal Dagangan, Akta Kawalan Harga, Akta Kawalan Bekalan dan lain-lain.
· Sumber bekalan
Usahawan perlu mengetahui tempat-tempat di mana ia mendapat bekalan barang-barang dengan seberapa murah dan mudah. Usahawan harus tahu pembekal mana yang dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik. /////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////


RUMUSAN
Setelah membuat analisa pelbagai faktor yang telah dibincangkan, seseorang yang memulakan perniagaan telah dapat membuat pilihan yang terbaik, apakah jenis perniagaan yang ingin diceburi.
SEKIAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MEBACA DAN MEMETIK INFO DARI BLOG SAYA.

1 comment: