Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

MENGENALPASTI DAN MEMILIH PERNIAGAAN DI MALAYSIA

Peluang ialah satu keadaan yang boleh memberi faedah atau membawa kejayaan kepada seseorang yang muncul atau diwujudkan untuk diambil segera. Peluang biasanya menghampiri seseorang itu dalam keadaan yang samar-samar dan tidak pasti. Cuma seseorang yang cekap dan bersedia sahaja yang dapat mencekup peluang yang ujud di hadapannya. Peluang yang lambat direbut akan terlepas ke tangan orang lain. Setiap perniagaan bermula daripada peluang yang dapat dikenalpasti dan diambil kesempatan untuk dimajukan. Kewujudan peluang perniagaan untuk menawarkan barangan dalam pasaran tertentu bergantung kepada perubahan dan arah aliran dalam faktor-faktor persekitaran yang meliputi suasana ekonomi, sosiobudaya, politik, undang-undang, teknologi dan tahap persaingan. Ini ialah kerana faktor-faktor persekitaran mempengaruhi perubahan dalam permintaan pelanggan terhadap jenis barangan tertentu. Maka, proses memerhati dan meneliti perubahan dan arah aliran dalam faktor-f

PERSEKITARAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA

3.1 JENIS-JENIS PERNIAGAAN DI MALAYSIA Di Malaysia, secara umumnya terdapat tiga jenis perniagaan yang sering diamalkan, iaitu: a. Perniagaan Persendirian. b. Perkongsian. c. Syarikat. Tiap-tiap jenis perniagaan mempunyai ciri-ciri yang sama atau berbeza antara satu sama lain dan mempuyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. 3.1.1 PENGENALAN Gambarajah di bawah menerangkan tentang organisasi perniagaan di Malaysia. Gambarajah : Organisasi Perniagaan Di Malaysia 3.1.2 PERNIAGAAN PERSEORANGAN Ciri-ciri p erniagaan perseorangan ialah :- 1. Penubuhan dan Milikan · dimiliki oleh seorang individu. ·