Skip to main content

KONSEP KEUSAHAWANAN

PENGENALAN BERKENAAN KONSEP USAHAWAN


Apabila membincangkan topik perniagaan, kita tidak dapat lari dari bercakap mengenai keusahawanan kerana keusahawanan adalah teras dan tunjang kepada perniagaan. Jadi pendapat yang mengatakan seorang usahawan adalah seorang peniaga, tetapi seorang peniaga tidak semestinya seorang usahawan adalah tepat. Keusahawanan dan pembentukan urusniaga baru penting bagi mencipta dan mengekalkan ekonomi yang sihat kerana ia mencipta peluang-peluang pekerjaan baru, menambah keupayaaan eksport negara dan pertumbuhan ekonomi. Seseorang usahawan berfungsi sebagai pembangun ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan dunia. ( Zafir, 2005)
Lantaran kehebatan peranan keusahawanan itu, seluruh masyarakat dunia sejak zaman dahulu lagi berlumba-lumba menceburkan diri dalam bidang ini. Masyarakat Melayu dan Bumiputera juga tidak ketinggalan. Apabila kita mengimbas kembali Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, penglibatan orang Melayu dalam bidang perniagaan dan keusahawanan amat
aktif sehingga pada suatu peringkat mereka berjaya menjadikan Selat Melaka dan Pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan tersibuk di dunia. ( Zafir, 2005)
Kemajuan Pelabuhan Melaka pada masa itu dikatakan ‘mencekik leher’ kota Venice yang sebelumnya antara pelabuhan utama dunia. Walaubagaimanapun selepas kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, bermula dengan Portugis pada 1511, diikuti Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris kembali sehingga 1957, semangat keusahawanan di kalangan orang Melayu dan Bumiputera semakin pudar. Penjajah Inggeris umpamanya telah menanam satu kepercayaan di kalangan orang Melayu kononnya mereka tidak pandai berniaga. Ini diburukkan lagi dengan Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh Inggeris yang menggalakkan orang-orang Melayu tinggal di pedalaman dan kampung bertani sedangkan imigran dari Tanah Besar China ditempatkan di kawasan lombong bijih timah dan bandar-bandar besar bagi menjalankan perniagaan.
Bidang keusahawanan di kalangan masyarakat Melayu kembali popular selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. DEB diperkenalkan selepas berlaku Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 di mana pada masa tersebut telah berlaku rusuhan antara kaum selepas pilihan raya umum diadakan. Punca utama pergaduhan kaum itu ialah timbulnya perasan tidak puashati antara orang Melayu dengan bukan Melayu berhubung penguasaan ekonomi negara. Kadar kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera pada masa itu sangat tinggi sedangkan orang-orang bukan Bumiputera menguasai bidang perniagaan dan membuat berbagai tuntutan kepada kerajaan yang menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai kaum Peribumi.
Untuk mengatasi ketidakseimbangan kedudukan ekonomi antara kaum ini yang boleh menggugat keharmonian negara, DEB diperkenalkan dengan dua objektif utama iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun kembali struktur ekonomi negara supaya sesuatu bidang ekonomi tidak dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja. Semenjak dari itu, kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang keusahawanan tanpa menjejaskan kedudukan sedia ada bukan Bumiputera dalam bidang tersebut.
Antara dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menggalakkan Bumiputera menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ialah 

· Dasar Pengswastaan,
· Dasar Persyarikatan Malaysia,
· Pemberian kontrak kerajaan kepada syarikat Bumiputera,
· Pengwujudan Kontraktor Kelas F,
· Pengenalan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
· mewujudkan berbagai agensi yang berfungsi sebagai sistem sokongan usahawan.

Selepas DEB tamat pada tahun 1990, kerajaan menubuhkan pula Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk meneruskan usaha-usaha menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.



Comments

Popular posts from this blog

PERANAN USAHAWAN DI MALAYSIA

Usahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh.  Mereka adalah individu yang unik dan berbeza dengan insan biasa. Ciri-ciri keusahawanan yang ada pada individu usahawan berupaya membangunkan bukan sahaja diri usahawan sendiri, tetapi juga bertanggungjawab kepada pembangunan masyarakat dan negara. Malah hasil usahawan mampu memberi kesejahteraan kepada masyarakat seluruh dunia. Ini adalah kerana usahawan merupakan daya penggerak yang mewujud, memulakan dan sentiasa berusaha memperkembangkan sesuatu usaha teroka yang diceburi. Jesteru itu mereka dapat mencipta pekerjaan kepada penduduk sesebuah negara. Ini seterusnya dapat mengatasi atau mengurangkan masalah pengangguran negara. Usahawan juga berperanan untuk meningkatkan pendapatan dan meninggikan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa u

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ; Fungsi Peniaga Usahawan Takrif Umum Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Membentuk Perniagaan Baru Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil. Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenal