Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

8 KEMAHIRAN YANG PERLU ADA DALAM DIRI SEORANG USAHAWAN

ANTARA LAPAN KEMAHIRAN YANG PERLU ADA DALAM DIRI SEORANG USAHAWAN: 1. BOLEH MENJUAL. -           KITA HANYA BOLEH MEMBERI APA YANG KITA MILIKI. KITA HANYA BOLEH MENJUAL APA YANG KITA PERCAYAI. 2. SUDAHKAN APA YANG KITA MULAI. -           MEREKA YANG SUKA BERHENTI DITENGAH JALAN, MEREKA YANG MAKAN TANPA MENGHABISKAN, MEREKA YANG KUAT BERSEMBANG TANPA PENYUDAHAN USAH MASUK PLANET ORANG BISNES. 3. BELAJAR BUAT KEPUTUSAN . -           BUAT KEPUTUSAN. BUAT KEPUTUSAN. MANUSIA YANG TERUMBANG AMBING DI LAUTAN TANPA TAHU KEARAH MANA BAHTERA MAHU DILAYARKAN TIDAK LAYAK JADI USAHAWAN. 4. YAKIN DIRI. -           YAKIN UNTUK SERLAHKAN KEUPAYAAN ORANG LAIN. YAKIN PADA IDEA. YAKIN PADA UPAYA. YAKIN DAPAT BANGKIT SEMULA TATKALA TERJATUH KE LUBANG BAHAYA. YAKIN ADA ALLAH SWT YANG AKAN BANTU KITA SEBAGAI HAMBA. 5. PENGURUSAN MASA DAN KEMAHIRAN MERANCANG. -           IA ADALAH ADUNAN DUA PERKARA YANG PERLU DIPERTAJAMKAN. DIMANFAAT SECARA HEMAT. DIATUR DENGAN TELITI. 6. KOM

PANDUAN UNTUK MENJADI JURUJUAL YANG BERJAYA.

·   Mempunyai perwatakan yang menyenangkan dan mengetahui cara-cara melayan pelanggan seperti : - Senyum, bermanis muka, ramah dan berbudi bahasa. - Imej diri yang bersih dan sedap mata memandang termasuk dari segi berpakaian. - Mudah memulakan perbincangan dan melayani perbualan. ·   Wujudkan suasana yang selesa samaada di tempat kerja atau di premis perniagaan seperti kebersihan, persekitaran yang selesa dan menarik serta layanan yang mesra. ·   Mesti mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang barangan /perkhidmatan yang hendak dijual. Bersedia untuk menjawab yang tepat keatas sebarang persoalan yang timbul khusus tentangbarangan/perkhidmatan tersebut. ·   Bersedia untuk memberi pertolongan khususnya perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan yang membeli produk/mendapat perkhidmatan.

12 CIRI-CIRI JURUJUAL YANG BERJAYA.

Jurujual yang berjaya perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut : S  - Sense of direction (Bermatlamat) A  - Aggressive (Cergas) L  - Loyalty (Setia) E  - Excitement (Kegairahan) S  - Sincerity (Keikhlasan) M  - Mannerism (Bersopan santun) A  - Action (Tindakan) N  - No is not an answer (Tidak beralasan) S  - Skill (Kemahiran) H  - Honesty (Amanah/Jujur) I  - Integrity (Kegigihan) P  - Persistence (Tabah/Cekal)

PRINSIP KEJURUJUALAN

Terdapat 4 prinsip dalam teknik kejurujualan iaitu : A -  Attention (Perhatian) Menarik perhatian pelanggan kepada pendapat yang hendak dikemukakan. I -  Interest (Minat) Menimbulkan minat pelanggan terhadap pendapat dan barangan yang hendak dijual. D -  Desire (Keinginan) Menimbulkan keinginan /kemahuan kepada pelanggan untuk menerima pendapat atau barangan yang hendak dijual. A -  Action (Tindakan) Perlukan tindakan pelanggan untuk membeli barang yang dijual.

KEPENTINGAN KAD PERNIAGAAN

·   Pengenalan diri sebelum memulakan urusan perniagaan. ·   Membentuk imej awal syarikat ·   Pengukuhan dalam strategi jaringan untuk membentuk hubungan.                      ·   Tujuan publisiti dan promosi

CIRI-CIRI KAD PERNIAGAAN YANG BAIK

·   Ia mesti mempunyai maklumat-maklumat seperti berikut : - Nama dan jawatan pemilik kad perniagaan - Nama syarikat, alamat dan nombor pendaftarannya. - No telefon dan fax. - Logo syarikat - perkhidmatan yang ditawarkan / perniagaan yang dijalankan - Alamat cawangan jika ada. ·   Menarik untuk dilihat ·   Rekabentuk yang kemas dan teratur. ·   Menggunakan tulisan yang jelas dan bersesuaian. ·   Menggunakan warna dan kertas yang bersesuaian .

MAKSUD KAD PERNIAGAAN

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang mesti mempunyai kekuatan untuk bekerjasama dengan orang lain. Hubungan yang baik dengan orang lain membantu kita membuat perubahan positif. Ini dapat dibuat melalui pembinaan jaringan yang baik. Terdapat berbagai teknik untuk ‘membina jaringan yang baik’. Antara strategi yang boleh dibuat untuk membina dan seterusnya mengukuhkan jaringan ialah ‘ kad perniagaan’.

KEPENTINGAN JARINGAN DALAM KE USAHAWANAN

a.   Membina keyakinan. Jaringan yang baik dapat membantu usahawan memperolehi maklumat sebelum membuat sebarang pelaburan. Ia memberi keyakinan dan dapat mengurangkan risiko kerugian, persaingan serta produk yang tidak dapat menembusi pasaran. b.   Mengurangkan birokrasi. Birokrasi kadang-kadang melambatkan proses atau sesuatu urusan. Jaringan boleh membantu dalam perkara-perkara seperti berikut: -   Mempercepatkan proses permohonan -   Menjimatkan masa, kewangan dan sumber-sumber lain. -   Menghalang usahawan daripada mengulangi kesilapan. c.   Menambah maklumat. Banyak maklumat boleh diperolehi dari dalam linkungan jaringan itu sendiri seperti siapa yang diperlukan untuk memajukan perniagaan. d.   Membentuk kepercayaan. Jaringan membantu membentuk kepercayaan kerana banyak maklumat dapat disalurkan. Dengannya seseorang atau sesebuah organisasi akan bersedia memberi keutamaan keatas satu-satu produk dan memberikan motivasi kepada usahawan untuk mempromosikan bar

MEMBENTUK HUBUNGAN INTERAKSI DALAM KEUSAHAWANAN

Hubungan interaksi adalah salah satu faktor penting dalam kemahiran membentuk jaringan. Ia menjadikan lebih mudah untuk seseorang usahawan mengambil peluang dan menyelesaikan masaalah yang berkaitan dengan perniagaan. Ia sebenarnya bertindak sebagai pemangkin untuk mencapai objektif atau matlamat dalam perniagaan. Terdapat 9 perkara dalam membina hubungan interaksi ; a.   Membentuk perancangan  tentang tujuan yang ingin dicapai melalui hubungan interaksi. b.   Membuat persediaan  untuk memulakan hubungan interaksi bagi mendapatkan faedah dari setiap peluang yang wujud. c.   Memberikan penglibatan  yang sepenuhnya dengan membina apa jua kemahiran diri yang diperlukan dan merangka aktiviti-aktiviti yang membolehkan anda bertemu dengan orang-orang yang baru disamping kumpulan individu yang biasa ditemui. d.   Mempraktikkan kemahiran komunikasi  yang baik dan berkesan ·   Menampilkan imej yang ceria dan menarik perhatian , -   senyum -   memandang tepat kepada orang yan

KEMAHIRAN DALAM MEMBENTUK JARINGAN USAHAWAN

Perniagaan dibentuk dan diasaskan oleh individu atau manusia. Seseorang manusia itu akan berasa seronok jika dia dapat bekerja dengan individu yang dikenali dan dipercayai. Pakar-pakar didalam bidang perniagaan yang memahami akan pentingnya mempunyai jaringan yang baik dan mantap biasanya akan lebih berjaya dalam mendapatkan sokongan dan kerjasama dari kitaran jaringan. Pekerja syarikat, anggota keluarga dan sahabat handai serta semua pihak yang berkepentingan dengan perniagaan yang dijalankan adalah sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan kitaran jaringan. Jaringan adalah pembentukan hubungan interaksi. Setiap dari kita sebenarnya mewakili satu sumber yang bernilai dengan kepakaran-kepakaran yang tersendiri yang boleh dikongsi. Lebih banyak hubungan interaksi dapat diujudkan lebih banyak pengetahuan dapat diperolehi demi kejayaan sesebuah perniagaan. Oleh itu bertindaklah untuk membina jaringan yang dapat memberi faedah kepada organisasi perniagaan dalam setiap perbua

SURAT-SURAT PERNIAGAAN

Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah: a. Surat menyurat dengan pihak bank. Contoh : ·   Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek. ·   Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat b. Surat menyurat dengan pihak Insuran Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian . c. Surat kepada pemborong Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatan dalam urusan pembekalan dan pesanan barang. d. Sebutharga dan Pentaksiran Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak. e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis. Contoh : ·   Surat berkaitan pemilik baru perniagaan ·   Surat pemberitahuan kepada pelanggan ·   Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .

PERUNDINGAN DALAM USAHAWAN

Perundingan adalah sebahagian daripada bentuk komunikasi yang berperanan untuk mencapai persetujuan apabila wujudnya matlamat yang bercanggah. Ia merupakan sebahagian daripada antara aspek penting dalam pengurusan. Perundingan seringkali berlaku apabila wujudnya konflik antara individu, kumpulan mahupun organisasi. Perundingan adalah proses membuat keputusan (decision making) yang memberi peluang kepada kedua belah pihak untuk bertukar komitmen atau janji untuk menyelesaikan perselisihan faham dan mencapai persetujuan atau penyelesaian bersama. Terdapat banyak sebab yang membawa kepada pentingnya perundingan dalam pengurusan dan perniagaan, antaranya : a.   Penyelesaian kepada konflik yang ujud antara dua pihak seperti antara pihak pengurusan dengan pihak kakitangan bawahan dalam sesebuah organisasi. Perundingan yang melibatkan gaya tolak ansur merupakan salah satu pilihan yang terbaik. b.   Mengujudkan hubungan antarabangsa yang diharapkan dapat membantu menyelesaikan pelbag

MAKSUD PENYAMPAIAN DALAM KAMUS USAHAWAN

Penyampaian yang baik dan berkesan oleh seorang usahawan mampu mempengaruhi keadaan persekitarannya. Persekitaran usahawan termasuklah individu-individu atau institusi-institusi. Kemahiran memujuk dan menyakinkan orang lain adalah sebahagian dari aktiviti penyampaian . Penyampaian yang baik dan bijak mampu menyakinkan orang lain terhadap seseorang usahawan itu. Ia mampu : ·   menonjolkan diri usahawan untuk menyakini pelanggan agar membeli barangan atau perkhidmatan yang diniagakan. ·   menyakinkan orang lain untuk mendapatkan sumber modal, seperti pinjaman dan pelaburan ekuiti dan mendapatkan kontrak-kontrak perniagaan. ·   menonjolkan kemahiran diri sendiri, kemampuan atau lain-lain kualiti diri dan syarikat.

SUMBER TEKNOLOGI USAHAWAN

Usahawan seharusnya menggunakan teknik/teknologi yang sedia ada untuk memajukan perniagaannya. Usahawan juga perlu tahu tahap atau tingkat teknologi yang diperlukan untuk memajukan perniagaannya . Teknologi ialah segala pengetahuan, kemahiran , pengalaman dan peralatan yang berkaitan dengan kaedah mengeluarkan sesuatu barang dan ianya berubah dari masa kesemasa mengikut kemajuan dalam penyelidikan yang dijalankan. Perubahan teknologi merupakan satu sumber untuk mendapatkan peluang perniagaan.  Pengenalan teknologi baru membolehkan pengeluaran barang-barang dapat dihasilkan pada tingkat kos yang lebih rendah, ini dengan sendirinya membuka pasaran lebih luas dan banyak pelabur berpeluang menyertainya .                        Pertimbangan yang penting dari segi pemilihan teknologi ialah, berapa lama teknologi                            tersebut dapat digunakan dan tidak berubah terlalu cepat menyebabkan pelaburan yang                        dibuat terlalu berisiko tinggi.

MAKSUD RAKAN PERNIAGAAN

Melalui rakankongsi, usahawan dapat mempunyai kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dalam menghadapi masaalah kekurangan kecekapan teknikal dan pengurusan bersatupadu untuk mentadbir perniagaan dengan baik.

APA YANG DI MAKSUDKAN PEMBEKAL

Selain berperanan membekalkan barangan dan bahan mentah kepada usahawan, pembekal memberi pandangan tentang peluang-peluang perniagaan yang boleh diwujudkan berasaskan barang-barang yang mereka edarkan. Mereka juga mungkin dapat memberi maklumat tentang kemungkinan untuk menggunakan mesin, peralatan dan bahan mentah yang dipasarkannya sebagai asas untuk menjalankan suatu perniagaan baru.

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .

KEMAHIRAN MENCARI SUMBER DALAM PERNIAGAAN

Seorang bakal usahawan perlu mempunyai pengetahuan yang baik dan mendalam mengenai perniagaan dan perlu mengetahui tentang selok-belok perniagaan yang diceburi. Ini sangat penting bagi membolehkan bakal usahawan mengenanlpasti peluang-peluang baru untukmencapai kejayaan dalam perniagaan dan mempunyai kelebihan persaingan. Selain pengetahuan, kemahiran mencari dan mengenalpasti sumber dalam perniagaan juga amat penting. Ia mempengaruhi kekuatan kewangan dan bukan kewangan yang perlu dimiliki oleh seseorang usahawan. Ia meliputi beberapa perkara iaitu : a.       Bahan mentah b.      Pembekal c.       Rakan perniagaan d.      Sumber teknologi

PERMAINAN PERNIAGAAN PERATURAN DAN LANGKAH SEBAGAI USAHAWAN

Kita sekarang akan melibatkan diri di dalam PERMAINAN PERNIAGAAN untuk menilai Orientasi dan Pengenalan Diri. Dalam latihan ini anda akan memahami dan mengetahui bagaimana menggunakan dengan sepenuhnya sumber-sumber yang ada pada diri anda dan juga kualiti anda untuk memperolehi PENGELUARAN, KEUNTUNGAN dan MATLAMAT PENCAPAIAN berasaskan kepada maklumat-maklumat yang akan diberikan mengikut keadaan. Di dalam latihan yang menarik ini anda akan diberikan TIGA contoh model untuk pengeluaran. Langkah-langkah Permainan: 1.   Anda akan diberikan contoh model pada satu-satu ketika dan setelah melihatnya anda dikehendaki membuat anggaran: Berapakah contoh model yang boleh anda siapkan dalam masa 5 minit. Setelah itu sila isi jawapan anda dalam REKOD PERMAINAN PERNIAGAAN (Jawab soalan A1 hingga A3). 2.   Anda akan ditunjukkan cara-cara membuat contoh model tersebut dan diberikan masa untuk mencari atau mendapatkan kemahiran. 3.   Setelah itu anda akan diuji untuk mendapatkan MASA

KEMAHIRAN MENGAMBIL RISIKO SEBAGAI SEORANG YANG BERGELAR USAHAWAN

Usahawan tidak boleh mengambil peluang perniagaan yang ada selagi tidak mengambil kira risiko yang akan dihadapi. Dalam perniagaan, risiko merupakan kemungkinan berlakunya kejayaan atau kegagalan. Oleh sebab itu usahawan perlu mengenalpasti risiko yang bakal dihadapi dengan mengambilkira berapakah peratusan dan kejayaan dan peratusan kegagalan. Berdasarkan pengiraan ini, usahawan akan membuat keputusan sama ada akan meneruskan perniagaan tersebut atau tidak.

CONTOH SOALAN KREATIF KEPADA BAKAL USAHAWAN

Aktiviti 1 :  Alat Pemikiran kreatif a.   Apakah yang kamu boleh buat dengan sebatang pensil ? b.   Apakah yang kamu boleh buat dengan badan bas buruk ? c.   Apakah cara-cara untuk memajukan khidmat KTM supaya lebih ramai orang berminat menaikinya dan syarikat beroleh keuntungan ? d.   Apabila disebut perkataan ‘kain’ , senaraikan sebanyak 20 perkara yang boleh dikaitkan dengannya. e.   Lukiskan satu rekacipta peralatan yang dapat membantu memudahkan kerja-kerja di dapur.

CARA MENJANA IDEA KREATIF SEBAGAI USAHAWAN

Terdapat beberapa teknik untuk untuk meningkatkan daya kreativiti, antaranya : a.   Brainstorming / Sumbangsaran Membincangkan permasaalahan secara beramai-ramai. Dimana setiap ahli didalam kumpulan dikehendaki menyumbangkan idea. b.   Forced Analogy / Analogi Paksaan Mengumpu maklumat yang paling menarik dan berguna sekali untuk mendapatkan pandangan baru.atau alternatif sebagai sebagai penyelesaian . c.   Do It / Lakukan Dijalankan berdasarkan beberapa peringkat iaitu menganalisa masaalah, janakan seberapa banyak idea untuk mendapatkan penyelesaian, mengkaji secara detail untuk memilih idea yang terbaik dan akhir sekali melaksanakan penyelesaian yang terbaik yang dipilih . d.   Mind Mapping / Pemetaan minda             Teknik menggunakan gambar dan/atau frasa perkataan untuk menyusun dan                            membina pemikiran dalam bentuk tidak selari. (non-liner). Ia membantu seseorang melihat masaalah dan penyelesaiannya, menjana barangan baru serta merancan

PERBEZAAN ANTARA KEPINTARAN DAN KREATIVITI SEBAGAI USAHAWAN

Kebiasaannya ramai yang keliru antara kepintaran dan kreativiti . Sebenarnya kepintaran atau IQ dan kreativiti adalah dua perkara yang tiada perkaitan dan adalah dua konsep yang berbeza. IQ menentukan kelas pekerjaan seseorang seperti pensyarah universiti ataujurutera, tetapi keusahawanan bukanlah pekerjaan. Oleh itu bukanlah perkara pelik jika seorang professional yang tinggi kepintarannya (IQ) bekerja untuk usahawan yang rendah tahap IQnya. Walaupun para penyelidik belum mengetahui apakah faktor yang mencipta daya kreativiti, tetapi mereka sudah mengenal pasti faktor yang mencipta peribadi kreatif. Antara ciri-ciri yang dimiliki oleh individu kreatif ialah : ·   Mereka mempunyai jiwa merdeka, tidak suka dikongkong, tidak suka terikut-ikut dan tidak peduli pada kritikan orang. ·   Mereka tidak dahagakan pengiktirafan, puji-pujian atau ganjaran daripada orang lain. Mereka mampu memuji dan mengkritik diri sendiri. ·   Mereka berani membuat keputusan dan sedia bertanggungjawab

BAGAIMANA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF SEBAGAI SEORANG USAHAWAN

Dalam dunia perniagaan yang penuh persaingan, usahawan perlu mencari cara baru dalam semua aspek perniagaan khususnya pengeluaran dan pemasaran. Oleh itu kreativiti adalah aspek penting dalam setiap tahap perniagaan khususnya dalam cara berfikir untuk mempastikan iannya berkembang dan berdaya maju. Kreatif didalam bahasa Inggeris bermaksud membuat sesuatu atau menyebabkan sesuatu terjadi. Apa yang dibuat itu bersifat baru iaitu belum ada atau belum pernah terjadi sebelumnya. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah keupayaan mengubah idea dan persepsi. Berfikir cara kreatif membolehkan pelbagai kemungkinan, cadangan, idea dan tindakan terhasil. Ini dilakukan dengan cara keluar daripada belenggu idea-idea lapuk dan persepsi - persepsi yang biasa-biasa, melihat pelbagai sudut dan melakukan perkara yang sama tetapi menggunakan pelbagai cara bagi menemui idea-idea dan persepsi-persepsi baru. Berfikiran secara kreatif ialah suatu kemahiran oleh itu sesiapa sahaja boleh menda

KEMAHIRAN BERFIKIR SEBAGAI USAHAWAN

Pada asasnya terdapat dua perkara yang boleh dicapai melalui kemahiran berfikir iaitu : a.   Berfikir dengan persepsi yang luas. b.   Berfikir dengan persepsi yang mendalam. Kedua-dua kemahiran ini dapat dicapai melalui latihan berfikir yang menjurus kepada cara berfikir seperti berikut : ·   Ambil kira kemungkinan lain. ·   Ambil kira semua faktor. ·   Ambil kira pandangan orang lain. ·   Baik, buruk dan menarik. ·   Pastikan perkara yang utama. ·   Tujuan dan matlamat. ·   Kesan dan akibat ·   Mengenal konteks. ·   Membuat fokus. ·   Mengenal perbezaan nilai. ·   Mengenal perbezaan persepsi. ·   Membuat ramalan. ·   Membuat Hipotesis. ·   Pelbagai sudut pandangan. ·   Mencabar andaian.