Skip to main content

PERUNDINGAN DALAM USAHAWAN

Perundingan adalah sebahagian daripada bentuk komunikasi yang berperanan untuk mencapai persetujuan apabila wujudnya matlamat yang bercanggah. Ia merupakan sebahagian daripada antara aspek penting dalam pengurusan. Perundingan seringkali berlaku apabila wujudnya konflik antara individu, kumpulan mahupun organisasi.
Perundingan adalah proses membuat keputusan (decision making) yang memberi peluang kepada kedua belah pihak untuk bertukar komitmen atau janji untuk menyelesaikan perselisihan faham dan mencapai persetujuan atau penyelesaian bersama.
Terdapat banyak sebab yang membawa kepada pentingnya perundingan dalam pengurusan dan perniagaan, antaranya :
a. Penyelesaian kepada konflik yang ujud antara dua pihak seperti antara pihak pengurusan dengan pihak kakitangan bawahan dalam sesebuah organisasi. Perundingan yang melibatkan gaya tolak ansur merupakan salah satu pilihan yang terbaik.
b. Mengujudkan hubungan antarabangsa yang diharapkan dapat membantu menyelesaikan pelbagai masaalah dunia .
c. Mendapatkan harga yang berpatutan (proses tawar-menawar) diantara pembeli dengan penjual.

d. Asas persetujuan dalam perjanjian diantara dua pihak dimana tidak kira samaada kedua-duanya memperolehi faedah daripada perundingan tersebut atau sebagai asas permulaan kepada perhubungan contohnya antara dua syarikat atau dua negara .

Comments

Popular posts from this blog

SURAT-SURAT PERNIAGAAN

Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah: a. Surat menyurat dengan pihak bank. Contoh : ·   Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek. ·   Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat b. Surat menyurat dengan pihak Insuran Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian . c. Surat kepada pemborong Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatan dalam urusan pembekalan dan pesanan barang. d. Sebutharga dan Pentaksiran Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak. e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis. Contoh : ·   Surat berkaitan pemilik baru perniagaan ·   Surat pemberitahuan kepada pelanggan ·   Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ; Fungsi Peniaga Usahawan Takrif Umum Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Membentuk Perniagaan Baru Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil. Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenal...

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .