Skip to main content

APAKAH ITU ETIKA PERNIAGAAN DI MALAYSIA

Etika ialah satu perkataan yang datang dari bahasa Greek ‘Ethos’ yang memberi maksud ‘Code Of Human Conduct’ atau peraturan yang membatasi gelagat manusia. Oleh itu apabila di sebut etika perniagaan ia memberi erti peraturan-peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan perniagaan.

SUMBER ETIKA PERNIAGAAN
Etika perniagaan adalah di perolehi daripada dua sumber utama hukum islam ia itu Al-Quran dan As-Sunnah.
Dengan memahami etika perniagaan kita akan dapat memastikan perniagaan akan diredhai oleh Allah.
Prinsip tidak memudaratkan merujuk kepada peraturan yang mengerakan tindakan dan gelagat pimpinan serta pihak bawahan yang dalam hubungan sesama mereka.
Hubungan yang berasaskan prinsip ‘tidak memudaratkan’ ini menghalang atau mengurangkan sifat atau tindakan yang negatif terhadap orang lain, dengki mendengki, mementingkan diri sendiri atau tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap seseorang. Ia juga merujuk kepada kesan produk atau perkhidmatan terhadap pengguna dan alam sekitar.
Dalam menjalankan kegiatan perniagaan seseorang usahawan muslim itu seharusnya memastikan bahawa peraturan-peraturan berikut dipatuhi sesuai dengan prinsip tidak memudaratkan

· Niat yang betul
Seseorang usahawan muslim harus memastikan bahawa niatnya hanyalah untuk mencapai tujuan yang telah disebut agar mendapat keredhaan Allah s.w.t dalam segala aspek kehidupannya (rujuk surah An-Nahl ayat 90)
Dalam ayat tersebut ada beberapa etika penting yang dapat kita perolehi. Di antaranya ialah
a) Kita disuruh melakukan keadilan
b) Kita disuruh melakukan kebajikan
c) Kita disuruh memberi sedekah
d) Kita dilarang membuat perkara yang keji dan mungkar
e) Kita dilarang membuat kezaliman

· Keadilan dalam perniagaan
Keadilan bererti meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul. Dalam konteks ini implikasinya ialah membuat tindakan atau keputusan sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat islam.
a) Amanah dan benar dalam perniagaan serta tidak menyorok barang
b) Tidak menipu timbangan
c) Gharar (mensifatkan barang yang dijual dengan sifat yang berlainan dari yang sebenar)

· Tidak terlibat dengan amalan riba
Seorang usahawan muslim seharusnya membebaskan diri dari riba dengan segala daya yang mungkin samada dalam pembiayaan atau pelaburan. Perkara ini bukanlah mudah dan kita terpaksa ,membuat pilihan dari sumber pembiayaan yang ada berdasarkan kriteria tertentu termasuklah kos yang akan di tanggung.
BIMB menyediakan kebanyakan daripada pembiayaan pembiayaan berikut untuk usahawan Islam dan bukan Islam

i. P embiayaan secara Islam adalah dalam bentuk-bentuk berikut:
a)Mudharabah
b) Musyarakah
ii. Pembiayaan memperolehi aset:
a) Mudharabah
b) Musyarakah
c) Bai’bithaman ajil
d) Ijarah
e) Bai’al-ta’jiri
iii. Pembiayaian perdagangan
iv. Gadaian atau ar-Rahn
v. Jualan Saham

· Tidak Menzalimi Pekerja
Salah satu daripada aspek yang penting dalam keusahawanan ialah menguruskan manusia agar mereka dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran. Untuk mendapatkan komitmen dan rasa bertanggungjawab serta partisipasi daripada pekerja adalah penting untuk mencapai matlamat.
Cara-cara supaya tidak menzalimi pekerja:
a) Memberikan gaji yang berpatutan sesuai dengan produktiviti dan keuntungan syarikat.
b) Membuat keputusan dengan mengambil kira pandangan mereka.
c) Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, teratur, bersih dan selamat.
d) Memberikan latihan dan pendidikan yang sesuai dengan usaha untuk membangunkan personaliti yang seimbang di tempat bekerja dan di rumah.

· Menyediakan perkhidmatan yang halal dan berkualiti.
Sebagaimana yang telah disebut, tujuan syari’at ialah untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang boleh memelihara aspek-aspek ini disebut sebagai masa’lih. Kalau sebaliknya disebut sebagai mafa’sid dan merosakkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

· Kualiti
Islam sangat menekankan kualiti atas tujuan syari’at. Produk yang tidak berkualiti boleh menjejas usaha membangunkan masyarakat dari sudut mental, moral dan kesihatan. Generasi baru akan menghadapai banyak masalah berpunca daripada produk yang tidak berkualiti seperti keracunan makanan dan penyakit kanser.
Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada seseorang usahawan sekiranya ini berlaku dan akan merugikan pihak usahawan sendiri.
· Pengguna yang kritikal dan aktif
Sebagai seorang usahawan, kita harus faham bahwa masyarakat pengguna kita bukanlah masyarakat yang pasik tapi kritikal. Dengan adanya persatuan-persatuan pengguna yang mempunyai matlamat menjaga hak-hak pengguna. Kita harus berhati-hati dalam mengeluarkan produk bagi mengelakkan daripada mengalami kerugian kerana pengguna enggan membeli produk.
· Memenuhi kontrak yang dibuat
Adalah bertentangan dengan prinsip Islam sekiranya seseorang usahawan itu membuat sesuatu yang dikira sebagai melanggar kontrak yang telah dibuat dengan pihak lain.
· Tidak melupakan ibadat-ibadat lain dalam keusahawanan.
Walaupun Islam menganggap keusahawanan merupakan ibadat dalam konteksnya yang luas dan orang yang terlibat akan mendapat balasan yang baik sekiranya seseorang usahawan itu mempunyai niat yang baik dan membuatnya berdasarkan etika Islam namun ini tidak bermakna dia boleh meninggalkan ibadat-ibadat khusus yang diwajibkan. Hendaklah ditunaikan ibadat-ibadat ini bila tiba waktunya walaupun terpaksa meninggalkan apa sahaja kegiatan yang sedang dilakukan.
a) Sembahyang
Sebaik-baiknya menutup pernigaan sebentar apabila waktu solat sudah tiba.
b) Zakat perniagaan
Adalah menjadi kewajipan bagi seseorang usahawan untuk melaksanakan kewajipan zakat perniagaan. Pemberian zakat akan membantu meningkat taraf hidup masyarakat setempat. Ia akan menimbulkan suasana harmoni dan melahirkan rasa ukhuwah masayarakt setempat. Kajian menunjukkan ramai yang telah mengabaikan kewajipan ini. Ia merangkumi segala bentuk perniagaan dan pelaburan yang dihalalkan oleh syariat Islam.
· Kontrak yang jelas dan sah
Kontrak yang tidak jelas boleh menimbulkan ketidakadilan kepada satu pihak. Ini akan mengakibatkan permusuhan di antara pihak yang terlibat. Oleh kerana Islam mahu melahirkan masyarakat yang stabil ia menekankan agar sesuatu kontrak itu dibuat dengan syarat dan rukun yang jelas.
Sesuatu kontrak itu sah sekiranya ia memenuhi perkara-perkara berikut:
· Sempurna rukun dan syarat
· Tidak mengandungi perkara yang ditegah oleh syarak
Syarat:
ü Kedua-dua pihak sempurna akal, cukup umur, pintar. Yang tidak memenuhi syarat ini boleh diwakilkan bapa atau penjaga.
ü Orang yang disekat dari menguruskan muamalat termasuk orang yang muflis.
ü Tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.
ü Jelas isi kandungan kontrak agar tidak menimbulkan keraguan dan pertelingkahan.
ü Syarat-syarat lain boleh ditambah asalkan tidak bertentangan dengan syarak.
· Segala bentuk perjudian dilarang
Segala bentuk keusahawanan haruslah bebas daripada unsur perjudian.
· Harga yang adil
Peniaga dan usahawan haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk pembeli. Harga haruslah mencerminkan interaksi normal antara permintaan dan penawaran. Ia tidak disebabkan oleh sesuatu yang diwujudkan dengan sengaja seperti keadaan monopoli atau beberapa pengusaha atau pembeli yang bergabung untuk meningkatkan harga, atau disebabkan oleh spekulasi.

Harga yang tidak adil akan menyebabkan golongan yang tidak berkemampuan tidak memiliki barangan keperluan mereka. Ia juga akan menyebabkan inflasi dan memberikan kesan terhadap daya saingan barangan tempatan. Menaikkan harga tanpa sebab yang munasabah semata-mata mahu menambahkan keuntungan akan memberi kesan negatif terhadap jualan barangan jangka panjang.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN USAHAWAN DI MALAYSIA

Usahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh.  Mereka adalah individu yang unik dan berbeza dengan insan biasa. Ciri-ciri keusahawanan yang ada pada individu usahawan berupaya membangunkan bukan sahaja diri usahawan sendiri, tetapi juga bertanggungjawab kepada pembangunan masyarakat dan negara. Malah hasil usahawan mampu memberi kesejahteraan kepada masyarakat seluruh dunia. Ini adalah kerana usahawan merupakan daya penggerak yang mewujud, memulakan dan sentiasa berusaha memperkembangkan sesuatu usaha teroka yang diceburi. Jesteru itu mereka dapat mencipta pekerjaan kepada penduduk sesebuah negara. Ini seterusnya dapat mengatasi atau mengurangkan masalah pengangguran negara. Usahawan juga berperanan untuk meningkatkan pendapatan dan meninggikan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa u

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ; Fungsi Peniaga Usahawan Takrif Umum Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Membentuk Perniagaan Baru Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil. Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenal

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .