Skip to main content

BAGAIMANA KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF SEBAGAI SEORANG USAHAWAN





Dalam dunia perniagaan yang penuh persaingan, usahawan perlu mencari cara baru dalam semua aspek perniagaan khususnya pengeluaran dan pemasaran. Oleh itu kreativiti adalah aspek penting dalam setiap tahap perniagaan khususnya dalam cara berfikir untuk mempastikan iannya berkembang dan berdaya maju.
Kreatif didalam bahasa Inggeris bermaksud membuat sesuatu atau menyebabkan sesuatu terjadi. Apa yang dibuat itu bersifat baru iaitu belum ada atau belum pernah terjadi sebelumnya.
Kemahiran berfikir secara kreatif ialah keupayaan mengubah idea dan persepsi. Berfikir cara kreatif membolehkan pelbagai kemungkinan, cadangan, idea dan tindakan terhasil. Ini dilakukan dengan cara keluar daripada belenggu idea-idea lapuk dan persepsi - persepsi yang biasa-biasa, melihat pelbagai sudut dan melakukan perkara yang sama tetapi menggunakan pelbagai cara bagi menemui idea-idea dan persepsi-persepsi baru.
Berfikiran secara kreatif ialah suatu kemahiran oleh itu sesiapa sahaja boleh mendapatkan kemahiran itu. Ia serupa seperti kemahiran-kemahiran lain didalam kehidupan manusia iaitu boleh dibentuk dan dipelajari. Sebilangan orang percaya bahawa semua orang dilahirkan sebagai kreatif, tetapi kepintaran kreatif mereka kemudian tertekan dan terbantut 


Comments

Popular posts from this blog

SURAT-SURAT PERNIAGAAN

Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah: a. Surat menyurat dengan pihak bank. Contoh : ·   Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek. ·   Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat b. Surat menyurat dengan pihak Insuran Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian . c. Surat kepada pemborong Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatan dalam urusan pembekalan dan pesanan barang. d. Sebutharga dan Pentaksiran Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak. e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis. Contoh : ·   Surat berkaitan pemilik baru perniagaan ·   Surat pemberitahuan kepada pelanggan ·   Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .

APA YANG DI MAKSUDKAN PEMBEKAL

Selain berperanan membekalkan barangan dan bahan mentah kepada usahawan, pembekal memberi pandangan tentang peluang-peluang perniagaan yang boleh diwujudkan berasaskan barang-barang yang mereka edarkan. Mereka juga mungkin dapat memberi maklumat tentang kemungkinan untuk menggunakan mesin, peralatan dan bahan mentah yang dipasarkannya sebagai asas untuk menjalankan suatu perniagaan baru.

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .