Usahawan tidak boleh mengambil peluang perniagaan
yang ada selagi tidak mengambil kira risiko yang akan dihadapi. Dalam
perniagaan, risiko merupakan kemungkinan berlakunya kejayaan atau kegagalan.
Oleh sebab itu usahawan perlu mengenalpasti risiko yang bakal dihadapi dengan
mengambilkira berapakah peratusan dan kejayaan dan peratusan kegagalan.
Berdasarkan pengiraan ini, usahawan akan membuat keputusan sama ada akan
meneruskan perniagaan tersebut atau tidak.
Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah: a. Surat menyurat dengan pihak bank. Contoh : · Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek. · Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat b. Surat menyurat dengan pihak Insuran Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian . c. Surat kepada pemborong Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatan dalam urusan pembekalan dan pesanan barang. d. Sebutharga dan Pentaksiran Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak. e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis. Contoh : · Surat berkaitan pemilik baru perniagaan · Surat pemberitahuan kepada pelanggan · Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .
Comments
Post a Comment