Skip to main content

APA YANG DI KATAKAN FAKTOR PENARIK DALAM KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Faktor penarik bermaksud faktor penyebab seseorang itu menceburi keusahawanan mungkin kerana sesuatu kehendak antaranya :-
  • Status sosial
  • Politik dan dasar kerajaan
  • Sistem sokongan kerajaan
  • Peluang ekonomi


STATUS SOSIAL

· Ahli korporat / mewah

Usahawan sebagai satu kerjaya merupakan lambang status sosial pada masa kini. Seseorang yang menerajui dan memiliki perniagaan sendiri mempunyai pengaruh dan dihormati dalam masyarakat.
Selain itu, golongan ini terlibat untuk membangunkan ekonomi negara dan memberi sumbangan yang besar dalam sektor swasta serta masyarakat dalam pembentukkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
Taraf penghidupan yang tinggi dari segi ekonomi contohnya berpendapatan lumayan, kereta dan rumah mewah juga merupakan aset penarik seseorang untuk menceburi bidang perniagaan.

· Kuasa / Kebebasan
Kebebasan untuk berfikir, bertindak dan berkuasa untuk membuat keputusan dalam melakukan sesuatu bagi menentukan arah tuju kejayaan tanpa melibatkan campur tangan orang lain merupakan satu lagi faktor asas yang mampu menarik seseorang individu untuk melibatkan diri dalam perniagaan berbanding semasa bekerja makan gaji, usahawan menanggung risiko ke atas apa jua tindakan yang dilakukan.
Malah golongan ini juga senang dan cepat untuk mengesan peluang-peluang perniagaan yang ada.

· Nilai tambah
Apa yang jelas dapat dilihat usahawan turut menjadi model atau ikutan kepada tatapan masyarakat. Nilai kepakaran tinggi, gaya yang dimiliki turut menarai seseorang menjadi usahawan.

· Agen Perubah Masyarakat
Dari segi perkhidmatan kepada masyarakat pula, terdapat individu terdorong menceburi bidang keuasahawanan kerana ingin meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui penyediaan peluang-peluang pekerjaan, kemudahan insfrastruktur dan juga memberi lebih banyak penawaran barang dan perkhidmatan untuk masyarakat.

Usahawan juga bertindak sebagai agen perubah masyarakat yang mempunyai tanggungjawab sosial selaras dengan Wawasan 2020.


POLITIK DAN DASAR KERAJAAN

· Politik
Keadaan politik yang stabil dan di tambah pula dengan wujudnya persefahaman antara kaum di negara ini memungkinkan perniagaan berkembang dengan pesat dan turut mendorang seseorang menceburi bidang perniagaan.
· Dasar Kerajaan
Bermula dengan pembentukan Dasar Ekonomi Baru kerajaan terus menggubal dasar-dasar terutamanya dalam bidang ekonomi bagi memaju dan meningkatkan ekonomi negara dan taraf hidup masyarakat. Wujudnya dasar untuk menggalakkan lebih ramai Bumiputera agar menceburi bidang keusahawanan dengan sistem sokongan yang disediakan turut menjadi penarik untuk menceburi bidang ini.
Antara dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti Wawasan 2020, pembentukan MasyarakatPerdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB),Program Usahawan Siswazah (PUS) dan Program Usahawan Muda (PUM) bertujuan untuk menarik lebih ramai penyertaan dalam bidang ini. Selain itu pernyertaan kerajaan juga turut memberi peluang kepada kakitangan kerajaan yang bersara untuk mengikuti Latihan Kakitangan Bersara Kerajaan Berniaga untuk menceburi bidang keusahawanan.

SISTEM SOKONGAN KERAJAAN
Wujudnya sistem sokongan kerajaan yang berperanan untuk memberi sumber-sumber maklumat, peningkatan kemahiran dan peluang-peluang perniagaan dari agensi-agensi berikut memberi impak positif kepada penglibatan seseorang dalam bidang keusahawanan. Contohnya
§ Penyelidikan dan kenalpasti projek melalui agensi kerajaan, institusi kewangan seperti MARA, Bank Pembangunan dan BBMB.
§ Pembiayaan kewangan dari institusi kewangan kerajaan / swasta.
§ Kemudahan pasaran dalam dan luar negeri melalui MEXPO, NUITI, FAMA dan lain-lain.
§ Latihan Teknikal Keusahawanan seperti MARA, SIRIM dan MARDI
§ Lokasi dan ruang perniagaan seperti MARA, UDA dan Majlis Daerah Kerajaan Tempatan, PKEN dan lain-lain.
§ Persatuan Perniagaan berfungsi sebagai payung yang akan melindungi kebajikan para usahawan seperti DPMN, Persatuan Penjaja dan lain-lain.

PELUANG EKONOMI
Peluang ekonomi yang stabil dan ditambah pula dengan wujudnya sistem francais dan sistem vendor menggalakkan dan meningkatkan kemasukkan individu dalam bidang ini.

Comments

Popular posts from this blog

SURAT-SURAT PERNIAGAAN

Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah: a. Surat menyurat dengan pihak bank. Contoh : ·   Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek. ·   Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat b. Surat menyurat dengan pihak Insuran Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian . c. Surat kepada pemborong Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatan dalam urusan pembekalan dan pesanan barang. d. Sebutharga dan Pentaksiran Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak. e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis. Contoh : ·   Surat berkaitan pemilik baru perniagaan ·   Surat pemberitahuan kepada pelanggan ·   Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ; Fungsi Peniaga Usahawan Takrif Umum Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Membentuk Perniagaan Baru Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil. Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenal...

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .