Skip to main content

PERMAINAN PERNIAGAAN PERATURAN DAN LANGKAH SEBAGAI USAHAWAN

Kita sekarang akan melibatkan diri di dalam PERMAINAN PERNIAGAAN untuk menilai Orientasi dan Pengenalan Diri.
Dalam latihan ini anda akan memahami dan mengetahui bagaimana menggunakan dengan sepenuhnya sumber-sumber yang ada pada diri anda dan juga kualiti anda untuk memperolehi PENGELUARAN, KEUNTUNGAN dan MATLAMAT PENCAPAIAN berasaskan kepada maklumat-maklumat yang akan diberikan mengikut keadaan. Di dalam latihan yang menarik ini anda akan diberikan TIGA contoh model untuk pengeluaran.

Langkah-langkah Permainan:

1. Anda akan diberikan contoh model pada satu-satu ketika dan setelah melihatnya anda dikehendaki membuat anggaran: Berapakah contoh model yang boleh anda siapkan dalam masa 5 minit. Setelah itu sila isi jawapan anda dalam REKOD PERMAINAN PERNIAGAAN (Jawab soalan A1 hingga A3).
2. Anda akan ditunjukkan cara-cara membuat contoh model tersebut dan diberikan masa untuk mencari atau mendapatkan kemahiran.
3. Setelah itu anda akan diuji untuk mendapatkan MASA KEPANTASAN SEBENAR untuk menyiapkan satu contoh model sahaja (B1). Berpandukan kepada kecekapan sebenar anda, anda dikehendaki membuat keputusan berapakah JUMLAH MODEL yang hendak dikeluarkan dalam tempoh 5 MINIT (B2). Kirakan JUMLAH PELABURAN (Isikan di B3).
4. Setelah menjawab B1 hingga B3, anda dikehendaki menyediakan atau MEMBELI BAHAN MENTAH mengikut jumlah keperluan anda (Rujuk B2). Perlu diingatkan bahawa anda akan dikenakan DENDA sekiranya terdapat perbezaan antara anggaran A1 dengan B2 atau sebaliknya. Jika ada perbezaan dan denda SILA ISIKAN B4 dan B5.
5. Anda hendaklah menyiapkan model yang bermutu mengikut spesifikasi yang telah ditentukan.Pembeli hanya akan membeli model yang bermutu saja.
6. Setelah semuanya bersedia, kita akan pandu anda untuk memulakan pengeluaran. MASA PENGELUARAN HANYA 5 MINIT.

7. Selepas selesai proses pengeluaran, anda akan diberikan masa untuk menjual model anda kepada pembeli yang akan ditentukan. Kemudian penuhkan REKOD JUALBELI anda di C1 hingga C7.

Comments

Popular posts from this blog

SURAT-SURAT PERNIAGAAN

Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah: a. Surat menyurat dengan pihak bank. Contoh : ·   Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek. ·   Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat b. Surat menyurat dengan pihak Insuran Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian . c. Surat kepada pemborong Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatan dalam urusan pembekalan dan pesanan barang. d. Sebutharga dan Pentaksiran Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak. e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis. Contoh : ·   Surat berkaitan pemilik baru perniagaan ·   Surat pemberitahuan kepada pelanggan ·   Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .

APA YANG DI MAKSUDKAN PEMBEKAL

Selain berperanan membekalkan barangan dan bahan mentah kepada usahawan, pembekal memberi pandangan tentang peluang-peluang perniagaan yang boleh diwujudkan berasaskan barang-barang yang mereka edarkan. Mereka juga mungkin dapat memberi maklumat tentang kemungkinan untuk menggunakan mesin, peralatan dan bahan mentah yang dipasarkannya sebagai asas untuk menjalankan suatu perniagaan baru.

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .