Skip to main content

PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

Usahawan Muslim merupakan muslim yang berterusan mencari, mengembeling dan memanfaatkan kurnia Allah yang lain selari dengan tuntutan dan arahan yang telah ditetapkan dalam Al Quran dan Sunnah.

DI ANTARA CIRI-CIRI USAHAWAN MUSLIM IALAH:
1. Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya.
2. Mempunyai niat yang betul dalam menjalankan keusahawanan.
3. Mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang yang diceburi.
4. Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan.
5. Sentiasa berjimat dalam menggunakan sumber.
6. Mempunyai kemahiran membuat keputusan yang tepat.
7. Berfikiran terkehadapan
8. Pandai berhubung dengan manusia.
9. Sentiasa menjaga kualiti.
10. Sentiasa menjaga agar tidak terlibat dengan aktiviti yang diharamkan oleh Allah.
11. Elakkan dari banyak berhutang.
12. Sentiasa menilai tindakan dan keadaan berjaga-jaga.
13. Bersyukur dengan kejayaan.
14. Tidak boros dengan kekayaan dan tidak kikir.
15. Sentiasa membayar hutang jika berhutang.

Comments

Popular posts from this blog

SURAT-SURAT PERNIAGAAN

Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah: a. Surat menyurat dengan pihak bank. Contoh : ·   Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek. ·   Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat b. Surat menyurat dengan pihak Insuran Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian . c. Surat kepada pemborong Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatan dalam urusan pembekalan dan pesanan barang. d. Sebutharga dan Pentaksiran Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak. e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis. Contoh : ·   Surat berkaitan pemilik baru perniagaan ·   Surat pemberitahuan kepada pelanggan ·   Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ; Fungsi Peniaga Usahawan Takrif Umum Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Membentuk Perniagaan Baru Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil. Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenal...

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .