Skip to main content

SUMBER TEKNOLOGI USAHAWAN

Usahawan seharusnya menggunakan teknik/teknologi yang sedia ada untuk memajukan perniagaannya. Usahawan juga perlu tahu tahap atau tingkat teknologi yang diperlukan untuk memajukan perniagaannya .
Teknologi ialah segala pengetahuan, kemahiran , pengalaman dan peralatan yang berkaitan dengan kaedah mengeluarkan sesuatu barang dan ianya berubah dari masa kesemasa mengikut kemajuan dalam penyelidikan yang dijalankan.
Perubahan teknologi merupakan satu sumber untuk mendapatkan peluang perniagaan.  Pengenalan teknologi baru membolehkan pengeluaran barang-barang dapat dihasilkan pada tingkat kos yang lebih rendah, ini dengan sendirinya membuka pasaran lebih luas dan banyak pelabur berpeluang menyertainya .
                       Pertimbangan yang penting dari segi pemilihan teknologi ialah, berapa lama teknologi                            tersebut dapat digunakan dan tidak berubah terlalu cepat menyebabkan pelaburan yang                        dibuat terlalu berisiko tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

SURAT-SURAT PERNIAGAAN

Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah: a. Surat menyurat dengan pihak bank. Contoh : ·   Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek. ·   Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat b. Surat menyurat dengan pihak Insuran Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian . c. Surat kepada pemborong Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatan dalam urusan pembekalan dan pesanan barang. d. Sebutharga dan Pentaksiran Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak. e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis. Contoh : ·   Surat berkaitan pemilik baru perniagaan ·   Surat pemberitahuan kepada pelanggan ·   Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .

APA YANG DI MAKSUDKAN PEMBEKAL

Selain berperanan membekalkan barangan dan bahan mentah kepada usahawan, pembekal memberi pandangan tentang peluang-peluang perniagaan yang boleh diwujudkan berasaskan barang-barang yang mereka edarkan. Mereka juga mungkin dapat memberi maklumat tentang kemungkinan untuk menggunakan mesin, peralatan dan bahan mentah yang dipasarkannya sebagai asas untuk menjalankan suatu perniagaan baru.

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .