Melalui rakankongsi,
usahawan dapat mempunyai kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dalam
menghadapi masaalah kekurangan kecekapan teknikal dan pengurusan bersatupadu
untuk mentadbir perniagaan dengan baik.
Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah: a. Surat menyurat dengan pihak bank. Contoh : · Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek. · Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat b. Surat menyurat dengan pihak Insuran Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian . c. Surat kepada pemborong Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatan dalam urusan pembekalan dan pesanan barang. d. Sebutharga dan Pentaksiran Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak. e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis. Contoh : · Surat berkaitan pemilik baru perniagaan · Surat pemberitahuan kepada pelanggan · Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .
Comments
Post a Comment