Skip to main content

CONTOH SEORANG USAHAWAN MUSLIM YANG BERJAYA DI MALAYSIA

PUAN ROZITA BT IBRAHIM – PRODUK SENDAYU TINGGI

Pn.Rozita bt Ibrahim merupakan pemilik syarikat Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn Bhd. Syarikat ini telah mula beroperasi pada tahun 2002 dan ia merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi pencapaian dan kecemerlangan.Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan altenatif kepada masyarakat, bukan sahaja mempunyai kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
Ia merupakan sebuah syarikat yang memperkenalkan bahan-bahan serta ramuan-ramuan dalam penjagaan diri, luaran dan dalaman, kesihatan dan kecantikan. Konsep dan kaedah yang berteraskan tumbuh-tumbuhan semulajadi tanpa kehadiran bahan-bahan pengawet telah mendatangkan faedah kepada wanita-wanita yang baru bersalin.Walaupun pengasas Sendayu Tinggi ini adalah Bumiputera tetapi beliau tidak kedekut ilmu untuk dikongsi bersama bukan Bumiputera. Terciptanya Syarikat Sendayu Tinggi Corps.Sdn.Bhd. yang bertemakan kesenangan untuk semua, maka terciptalah slogan ……RAHSIAKU, UNTUKMU…KEAYUAN ASLI ABADI.
Dahulunya syarikat ini dikenali sebagai Sendayu Tinggi Corps. Ini disebabkan pada waktu itu jumlah / kuantiti barang yang dikeluarkan masih sedikit dan jumlah pekerja masih belum ramai.
Tetapi kini setelah hampir 7 tahun menghambakan diri pada produk Sendayu Tinggi, Pn.Rozita telah mempunyai 9 buah anak syarikat di bawahnya. Beliau juga mempunyai 2000 cawangan di seluruh negeri dan mempunyai 70 orang kakitangan yang diberi kuasa untuk menguruskan syarikat-syarikat tersebut. Syarikat Sendayu Tinggi Corps.Sdn.Bhd. menjalankan tugas dalam menguruskan hal-hal kewangan, pengeluaran produk-produk yang sedia ada dan produk-produk baru. Ia juga bertanggungjawab dalam mengenalpasti bakal-bakal usahawan muda yang berbakat yang berani dan berkesanggupan dalam menceburi bidang keusahawanan terutamanya dalam pengeluaran produk seperti produk kecantikan dari bahan-bahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan herba-herba tradisional.
Pn.Rozita bt Ibrahim, ibu tunggal bermula sebagai seorang penoreh getah dan kini telah berjaya mendirikan sebuah empayar perniagaan dan kejayaan beliau pada hari ini memberikan satu kepuasan. Apa yang dikecapi hari ini membezakan peribadi beliau dahulu dan sekarang.
Beliau dilahirkan pada tahun 1968 di Sungai Besar, Selangor dan merupakan anak sulung dari enam beradik . Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dengan didikan agama yang kuat menjadikan beliau seorang anak yang patuh kepada Allah dan ibubapanya.
Seawal usia 16 tahun beliau telah mendirikan rumahtangga bersama lelaki pilihan keluarganya. Walaupun ketika itu usianya masih remaja dan keinginan untuk meneruskan pelajaran ke peringkat tertinggi namun beliau akur dengan kehendak keluarga yang mahukan dirinya hidup senang. Tetapi setelah berkeluarga hidupnya dilanda kesusahan. Kesusahan demi kesusahan menyebabkan beliau mula berniaga sambilan menjual nasi lemak dan sayur-sayuran. Beliau bertekad untuk mengubah gaya hidup keluarga. Beliau pernah menorah getah di ladang seluas 20 ekar yang dipajak kepadanya. Hampir 2 tahun menoreh sehingga badannya sakit. Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan itu, beliau membuka sebuah kedai runcit di Felda Kechau 1, sempadan Gua Musang dengan membekalkan makanan kepada pendatang asing yang bekerja di situ. Sedikit sebanyak kehidupan beliau sekeluarga pada waktu itu mula senang. Setelah tamat kontrak, beliau tidak berniaga lagi.
Alam perkahwinan beliau berakhir dengan perceraian. Seterusnya beliau membawa anak-anaknya ke Kuala Lumpur. Tiada perasaan takut pada dirinya kerana beliau berfikiran inilah lubuk ilmu yang bakal memberikan pulangan yang besar jika kena pada tempatnya. Di Kuala Lumpur beliau mula bekerja sebagai operator pengeluaran untuk tempoh 2 tahun, kemudian sebagai penyambut tetamu di hotel, kerani di syarikat swasta sebelum bertukar ke jawatan lebih baik iaitu Pembantu di bahagian Pengurusan Harta di Plaza MPK, Klang selama setahun. Selepas itu beliau mula mempelajari khasiat herba daripada arwah nenek bekas suami dan pendatang asing dari Indonesia. Bermodalkan RM 400 beliau memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi herba. Beliau sanggup menjalankan ujikaji dengan menggemukkan badannya sebanyak 3 kali dan akhirnya berjaya menurunkannya semula.
Matlamat beliau di dalam perniagaan ialah “Dunia perniagaan seperti dalam pertempuran. Kemenangan adalah matlamat. Azam sentiasa digenggam. Dalam konteks perniagaan pasti ada keuntungan pun begitu beliau ingin memberikan kualiti yang terbaik kepada pengguna.”
Apa yang diperolehi disalurkan kepada masyarakat terutamanya golongan susah, ibu tunggal, orang tua dan anak-anak yatim. Bagi beliau itulah nilai sebuah kasih sayang yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Beliau sayangkan masyarakat dan beliau ingin disayangi masyarakat. Harapan utamanya beliau ingin mewarnai masyarakat wanita dan ibu tunggal khususnya dari pelbagai aspek.
Beliau percaya siapa bijak dialah Raja. Beliau percaya kreativiti dan daya fikir yang tinggi perlu sebagai bekalan dalam kehidupan. Pada beliau ikhtiar, iktikad diri dan mengidamkan hadiah buat diri sendiri mengubah persepsi diri bahawa wanita perlu bangun dan bebaskan diri dari belenggu.Visi utama beliau ialah agar Sendayu Tinggi dapat melangkah jauh di persada Dunia antarabangsa.

Prinsip hidup beliau tidak suka menipu diri sendiri dan orang lain, jujur pada diri,agama dijadikan sandaran kehidupan, berani, menghormati orang lain sebelum orang lain menghormati diri kita.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN USAHAWAN DI MALAYSIA

Usahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh.  Mereka adalah individu yang unik dan berbeza dengan insan biasa. Ciri-ciri keusahawanan yang ada pada individu usahawan berupaya membangunkan bukan sahaja diri usahawan sendiri, tetapi juga bertanggungjawab kepada pembangunan masyarakat dan negara. Malah hasil usahawan mampu memberi kesejahteraan kepada masyarakat seluruh dunia. Ini adalah kerana usahawan merupakan daya penggerak yang mewujud, memulakan dan sentiasa berusaha memperkembangkan sesuatu usaha teroka yang diceburi. Jesteru itu mereka dapat mencipta pekerjaan kepada penduduk sesebuah negara. Ini seterusnya dapat mengatasi atau mengurangkan masalah pengangguran negara. Usahawan juga berperanan untuk meningkatkan pendapatan dan meninggikan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa u

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ; Fungsi Peniaga Usahawan Takrif Umum Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Membentuk Perniagaan Baru Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil. Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenal

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .