Skip to main content

PRINSIP- PRINSIP BERFIKIR SEBAGAI SEORANG USAHAWAN

Orang-orang yang mahir berfikir, secara yang mereka tidak sedari mempunyai prinsip-prinsip berfikir seperti yang disenaraikan dibawah :-
· Sentiasa bersikap membina dan bukan mencari alasan-alasan untuk membuktikan orang lain salah.
· Berfikir secara sederhana, mereka gemar bertanya, " Ada atau tidak cara lain yang lebih senang ? "
· Sentiasa mencari-cari pilihan lain, tanggapan lain dan idea-idea baru. Mereka tidak suka bergantungkepada satu jawapan yang betul sahaja.
· Tidak suka bertelagah pendapat atau mencari salah orang. Pemikir yang mahir pandai mendengar bukan pandai berdebat.
· Memisahkan ego daripada pemikiran. Ini kerana ego adalah halangan utama untuk menjadi pemikir yang mahir.

· Merendah diri kerana mereka percaya pemikiran mereka sendiri pun belum tentu betul.

Comments

Popular posts from this blog

SURAT-SURAT PERNIAGAAN

Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah: a. Surat menyurat dengan pihak bank. Contoh : ·   Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek. ·   Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat b. Surat menyurat dengan pihak Insuran Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian . c. Surat kepada pemborong Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatan dalam urusan pembekalan dan pesanan barang. d. Sebutharga dan Pentaksiran Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak. e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis. Contoh : ·   Surat berkaitan pemilik baru perniagaan ·   Surat pemberitahuan kepada pelanggan ·   Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .

APA YANG DI MAKSUDKAN PEMBEKAL

Selain berperanan membekalkan barangan dan bahan mentah kepada usahawan, pembekal memberi pandangan tentang peluang-peluang perniagaan yang boleh diwujudkan berasaskan barang-barang yang mereka edarkan. Mereka juga mungkin dapat memberi maklumat tentang kemungkinan untuk menggunakan mesin, peralatan dan bahan mentah yang dipasarkannya sebagai asas untuk menjalankan suatu perniagaan baru.

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .