Pada asasnya, kemahiran
berfikir adalah kemahiran menerbitkan pelbagai alternatif iaitu belajar
berfikir bukanlah belajar logik. Hujah yang logik biasanya berdasarkan kepada
persepsi yang sempit atau salah . Belajar berfikir ialah belajar persepsi
atau memahami melalui tanggapan-tanggapan. Kebijaksanaan terlahir hasil dari kesan
daya persepsi atau daya tanggapan.
Kemahiran berfikir dan kemahiran
berbahas (kepetahan bercakap) adalah dua bentuk kemahiran yang jauh
berbeza dan tiada kaitannya.
Kemahiran berbahas
atau kepetahan bercakap ialah kemahiran membuktikan bahawa orang lain
salah berdasarkan bahan rujukan yang banyak, pengetahuan tentang bermacam-macam
konsep dan logik. Orang yang pintar ini pandai menjawab bermacam-macam soalan dimana semua maklumat yang diperlukan
untuk menjawabnya ada.
Comments
Post a Comment