Skip to main content

APA YANG DI KATAKAN FAKTOR PENOLAK DALAM KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Faktor penolak bermaksud faktor yang menolak seseorang/terpaksa menceburi bidang keusahawanan.
KEKECEWAAN akibat:

· Peluang terbatas
Seseorang terdorong menceburi bidang keusahawanan akibat dari kekecewaan. Kekecewaan ini akibat dari terbatasnya peluang pekerjaan terutamanya dari kalangan pendatang. Ini jelas apabila masyarakat Cina di Malaysia menjadi pedagang kerana pada asalnya mereka hanya pendatang peluang mendapatkan rezeki adalah terbatas.

· Ekonomi meleset
Keadaan memaksa juga berlaku apabila ekonomi meleset. Apabila ekonomi meleset kerajaan dan swasta akan mengurangkan perbelanjaan mereka. Akibatnya peluang pekerjaan terhad. Maka individu akan terdorong untuk bekerja sendiri dan memulakan perniagaan adalah satu langkah yang bijak.

· Ketidakpuasan
Selain itu tidak kurang juga individu yang tidak mendapat kepuasan dari pekerjaan yang dilakukannya atau jawatan yang disandang. Ini mungkin disebabkan oleh gaji rendah, tidak sesuai dengan diri atau masalah dengan majikan. Lantas individu ini akan meninggalkan kerjaya dan memulakan perniagaan.

BUDAYA KEUSAHAWANAN

Sesetengah individu pula terutamanya golongan kaya dengan budaya keusahawanan pala menganggap bidang keusahawanan sebagai amalan tradisi turun temurun. Ini secara tidak lansung telah menolak seseorang itu menjadi usahawan.

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN USAHAWAN DI MALAYSIA

Usahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh.  Mereka adalah individu yang unik dan berbeza dengan insan biasa. Ciri-ciri keusahawanan yang ada pada individu usahawan berupaya membangunkan bukan sahaja diri usahawan sendiri, tetapi juga bertanggungjawab kepada pembangunan masyarakat dan negara. Malah hasil usahawan mampu memberi kesejahteraan kepada masyarakat seluruh dunia. Ini adalah kerana usahawan merupakan daya penggerak yang mewujud, memulakan dan sentiasa berusaha memperkembangkan sesuatu usaha teroka yang diceburi. Jesteru itu mereka dapat mencipta pekerjaan kepada penduduk sesebuah negara. Ini seterusnya dapat mengatasi atau mengurangkan masalah pengangguran negara. Usahawan juga berperanan untuk meningkatkan pendapatan dan meninggikan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa u

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ; Fungsi Peniaga Usahawan Takrif Umum Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Membentuk Perniagaan Baru Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil. Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenal

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .