Skip to main content

MENGENALI KONSEP KENDIRI USAHAWAN

Kendiri merupakan anggapan atau persepsi diri kita terhadap

“jenis dan orang bagaimanakah diri kita ini”. Ringkasnya ia adalah gambaran mental diri kita.


KEPENTINGAN MENGENAL DIRI
Di antara kepentingan mengenali diri sendiri adalah seperti berikut.
1. Membolehkan diri sendiri memahami dan menerima diri kita sebagai individu yang unik.
2. Apabila kita dapat menerima diri sendiri, kita lebih bersedia menerima orang lain walaupun mereka berbeza dari kita.
3. Membantu kita menjalinkan perhubungan mesra dengan orang lain seperti ahli keluarga, rakan, jiran dan orang- orang di sekeliling kita.
4. Mengenal diri kita juga membolehkan kita mengetahui kelebihan / kekuatan dan kekurangan / kelemahan diri sendiri.
5. Mengenal diri juga membantu supaya kita sedar akan kewujudan yang lebih besar iaitu Tuhan yang maha esa.

KAEDAH MENGENAL DIRI
Kaedah mengenal diri terdiri dari 2 iaitu:

1. Pengkajian diri sendiri.
2. Pandangan atau maklumbalas orang lain.

· Pengkajian Diri Sendiri
Melalui kaedah ini, kita harus mengenalpasti sifat diri kita dengan mengkaji diri daripada pelbagai segi dari aspek- aspek diri. Dari sini kita akan dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri sendiri. Seterusnya kita akan menggunakan kekuatan diri untuk menjayakan tugas dan tanggungjawab kita. Sebaliknya dari kelemahan diri, kita mesti cuba memperbaiki atau mengatasi kelemahan tersebut.
Kita boleh mengenalpasti sifat diri dengan mengkaji diri dari enam aspek seperti berikut:

a) Fizikal
Mengenal diri dari aspek fizikal bermaksud mengetahui sifat tubuh badan sendiri. Terdapat sifat fizikal yang boleh diperbaiki, seperti kelihatan kemas dan sifat fizikal lain yang harus kita terima, seperti mempunyai lengan dan kaki yang panjang.
Kita harus menerima sifat fizikal kita secara positif dan tidak harus berasa rendah diri sekiranya mempunyai tubuh badan yang kurang menarik atau berbeza daripada orang lain. Sebaliknya setiap individu harus berbangga dengan diri mereka kerana masing- masing mempunyai keistimewaaan tersendiri.

b) Mental – Emosi

Ia merujuk kepada aspek pemikiran dan perasaan seseorang.

c) Sosial

Aspek ini bermaksud perhubungan individu dengan orang lain dalam kehidupan hariannya. Melalui pergaulan harian, kamu dapat menerima tingkah laku yang positif dan memahami perbezaan- perbezaan di kalangan individu.

d) Minat

Ia merupakan kegemaran seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang dapat memberi kepuasan kepadanya. Orang yang berminat melakukan sesuatu tidak semestinya ia handal dalam bidang tersebut.

e) Kebolehan

Ia adalah keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu tugas atau kemahiran tertentu. Kadang-kadang ianya tidak mudah dikenalpasti. Ada kalanya setelah mencuba sesuatu yang baru, didapati bahawa kebolehan itu ada pada dirinya.

f) Nilai Peribadi

Ianya adalah pegangan dan pertimbangan terhadap sesuatu. Nilai- nilai ini akan mempengaruhi keputusan yang dibuatnya dalam pelbagai situasi harian. Ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kebendaan seperti mementingkan kekayaan, harta, wang dan kelihatan cantik dan nilai bukan kebendaan seperti mementingkan penetapan masa, kasih sayang, tanggungjawab dan kemesraan.

· Pandangan Atau Maklumbalas Orang Lain (Tingkap Johari)
Kita boleh mengenalpasti sifat diri dengan mendapat maklumbalas atau meminta pendapat daripada orang lain. Ada kalanya orang lain tidak melihat kita sepertimana kita melihat diri sendiri.

Pandangan orang lain terhadap sifat anda mungkin positif, negatif atau bertentangan dengan pandangan anda. Biasanya mudah bagi kita menerima pandangan positif atau pujian orang lain terhadap diri kita tetapi sukar bagi kita menerima pandangan dan kenyataan yang negatif.

Comments

Popular posts from this blog

SURAT-SURAT PERNIAGAAN

Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah: a. Surat menyurat dengan pihak bank. Contoh : ·   Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek. ·   Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat b. Surat menyurat dengan pihak Insuran Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian . c. Surat kepada pemborong Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatan dalam urusan pembekalan dan pesanan barang. d. Sebutharga dan Pentaksiran Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak. e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis. Contoh : ·   Surat berkaitan pemilik baru perniagaan ·   Surat pemberitahuan kepada pelanggan ·   Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ; Fungsi Peniaga Usahawan Takrif Umum Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Membentuk Perniagaan Baru Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil. Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenal...

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .