Skip to main content

MEMBENTUK HUBUNGAN INTERAKSI DALAM KEUSAHAWANAN

Hubungan interaksi adalah salah satu faktor penting dalam kemahiran membentuk jaringan. Ia menjadikan lebih mudah untuk seseorang usahawan mengambil peluang dan menyelesaikan masaalah yang berkaitan dengan perniagaan. Ia sebenarnya bertindak sebagai pemangkin untuk mencapai objektif atau matlamat dalam perniagaan.
Terdapat 9 perkara dalam membina hubungan interaksi ;

a. Membentuk perancangan tentang tujuan yang ingin dicapai melalui hubungan interaksi.
b. Membuat persediaan untuk memulakan hubungan interaksi bagi mendapatkan faedah dari setiap peluang yang wujud.
c. Memberikan penglibatan yang sepenuhnya dengan membina apa jua kemahiran diri yang diperlukan dan merangka aktiviti-aktiviti yang membolehkan anda bertemu dengan orang-orang yang baru disamping kumpulan individu yang biasa ditemui.
d. Mempraktikkan kemahiran komunikasi yang baik dan berkesan
· Menampilkan imej yang ceria dan menarik perhatian ,
- senyum
- memandang tepat kepada orang yang sedang kita berkomunikasi
- sentiasa bersikap positif
- memakai tandanama yang mudah dilihat.
· Galakkan perbincangan secara aktif.
· Bercakaplah dengan jelas dan yakin.
· Tanyalah soalan yang bersesuaian dan berkaitan.
· Mendengar dengan penuh perhatian.
e. Menghadirkan diri dalam setiap aktiviti yang dibuat untuk membentuk jaringan perniagaan dengan matlamat yang tertentu.
f. Bina hubungan interaksi melalui tindakan susulan yang betul dan tepat. Ini boleh dilakukan dengan memberi satu kad atau nota ucapan terima kasih sebagai tindakan cepat dalam satu-satu urusan yang telah berjaya dijalankan.
g. Mintalah apa yang dimahukan yang boleh membantu untuk meningkatkan dan memajukan organisasi apabila ditanya soalan “ Apa yang boleh saya bantu” atau “Boleh saya tahu apa yang boleh saya buat untuk anda”.
h. Atur dan susun jaringan yang telah terbentuk.

i. Bergembiralah dengan apa yang sedang dilakukan dan dalam setiap perbualan semasa bertemu dengan setiap orang terutamanya orang-orang yang baru dikenali dari latarbelakang yang berbeza demi untuk kebaikan diri dan kejayaan perniagaan.

Comments

Popular posts from this blog

SURAT-SURAT PERNIAGAAN

Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah: a. Surat menyurat dengan pihak bank. Contoh : ·   Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek. ·   Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat b. Surat menyurat dengan pihak Insuran Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian . c. Surat kepada pemborong Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatan dalam urusan pembekalan dan pesanan barang. d. Sebutharga dan Pentaksiran Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak. e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis. Contoh : ·   Surat berkaitan pemilik baru perniagaan ·   Surat pemberitahuan kepada pelanggan ·   Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ; Fungsi Peniaga Usahawan Takrif Umum Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Membentuk Perniagaan Baru Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil. Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenal...

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .