Skip to main content

PERBEZAAN ANTARA KEPINTARAN DAN KREATIVITI SEBAGAI USAHAWAN

Kebiasaannya ramai yang keliru antara kepintaran dan kreativiti . Sebenarnya kepintaran atau IQ dan kreativiti adalah dua perkara yang tiada perkaitan dan adalah dua konsep yang berbeza. IQ menentukan kelas pekerjaan seseorang seperti pensyarah universiti ataujurutera, tetapi keusahawanan bukanlah pekerjaan. Oleh itu bukanlah perkara pelik jika seorang professional yang tinggi kepintarannya (IQ) bekerja untuk usahawan yang rendah tahap IQnya. Walaupun para penyelidik belum mengetahui apakah faktor yang mencipta daya kreativiti, tetapi mereka sudah mengenal pasti faktor yang mencipta peribadi kreatif.
Antara ciri-ciri yang dimiliki oleh individu kreatif ialah :
· Mereka mempunyai jiwa merdeka, tidak suka dikongkong, tidak suka terikut-ikut dan tidak peduli pada kritikan orang.
· Mereka tidak dahagakan pengiktirafan, puji-pujian atau ganjaran daripada orang lain. Mereka mampu memuji dan mengkritik diri sendiri.
· Mereka berani membuat keputusan dan sedia bertanggungjawab atas risiko keputusan mereka . Mereka tidak suka undian dalam mesyuarat atau akur pada tekanan luar .
· Mereka bersikap terbuka dan sedia menerima kenyataan bahawa ada kalanya mereka tidak rasional. Mereka lebih toleran terhadap kritikan.
· Peribadi mereka stabil dan berubah-ubah ikut tekanan-tekanan dari luar.
· Mereka meminati seni dan berjiwa halus.
· Berperangai dominan dan asertif (pendesak / tegas), tidak suka jadi pengikut dan kecewa apabila orang lain tidak mengikut pemikirannya.
· Jiwanya lebih kompleks, sukar difahami orang lain .
· Mudah menerima hakikat akan kelemahan dan kekurangan yang ada pada dirinya. Oleh itu mudah mengaku apabila dia membuat kesilapan.
· Lebih panjang akal. Tidak mahu menerima jawapan 'TIDAK' atau 'TIDAK BOLEH' dan akan terus berusaha.
· Berani dan suka mencuba perkara baru walaupun tinggi risikonya.
· Berjiwa radikal, berani mencabar perkara-perkara pokok dan tidak takut berenang menongkah arus.
· Dapat mengawal diri sendiri .

· Kemungkinan besar mereka introvert (pendiam), banyak bercakap dengan diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

SURAT-SURAT PERNIAGAAN

Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah: a. Surat menyurat dengan pihak bank. Contoh : ·   Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek. ·   Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat b. Surat menyurat dengan pihak Insuran Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian . c. Surat kepada pemborong Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatan dalam urusan pembekalan dan pesanan barang. d. Sebutharga dan Pentaksiran Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak. e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis. Contoh : ·   Surat berkaitan pemilik baru perniagaan ·   Surat pemberitahuan kepada pelanggan ·   Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ; Fungsi Peniaga Usahawan Takrif Umum Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Membentuk Perniagaan Baru Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil. Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenal...

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .