Skip to main content

DEFINISI KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN


Apakah yang dimaksudkan dengan keusahawanan dan usahawan? Sebenarnya tiada definisi yang jelas mengenai konsep keusahawanan dan usahawan. Penyelidik, pengarang dan berbagai pihak yang membuat pemerhatian dan kajian membuat pelbagai huraian mengikut disiplin masing-masing. Istilah keusahawanan dan usahawan digunakan oleh berbagai lapisan masyarakat dengan membawa erti yang berbeza. Walaupun terdapat beberapa persetujuan kepada definisi yang diterima pakai, namun begitu masih terdapat kekeliruan. Kesannya, tiada seorangpun yang dapat memahami sepenuhnya siapa usahawan dan apa yang mewujudkan keusahawanan.
Di bawah ini adalah beberapa contoh definisi keusahawanan dan usahawan yang diberikan oleh sarjana-sarjana barat;

Tahun Definisi

PADA TAHUN 1775   Richard Cantillon
  • Usahawan ialah seseorang yang menanggung risiko dan dia berbeza dari orang yang mengeluarkan modal
PADA TAHUN 1794 Beaudau
  • Usahawan ialah seseorang yang menanggung risiko, membuat perancangan, penyeliaan dan pasaran.
PADA TAHUN 1803 Jean Baptisle Say
  • Usahawan ialah individu yang mengurus firma atau organisasi untuk pengeluaran dan pasaran.
PADA TAHUN 1934 Jean Scumpeter
  • Usahawan ialah seseorang yang berinovatif dan mampu mengembangkan teknologi yang belum pernah dicuba sebelum ini.
PADA TAHUN 1961 David McClelland
  • Usahawan ialah seseorang yang mengambil risiko secara sederhana.
PADA TAHUN 1964 Peter Drucker
  • Usahawan ialah individu yang memaksimumkan peluang yang ada.
PADA TAHUN 1970 Hornaday dan Bunker
  • Usahawan yang berjaya ialah individu yang memulakan perniagaan , membangunkannya sekurang-kurang lima tahun untuk membuat keuntungan dengan struktur tenaga kerja 15 orang atau lebih.
PADA TAHUN 1972 Draheim
  • Keusahawanan ialah tindakan mengasaskan sesebuah syarikat baru. Syarikat baru ini diurus dan diselia oleh individu yang bernama usahawan.
ADA TAHUN 1974 Joseph Scumpeter
  • Keusahawanan menggalakkan individu menghadapi risiko, membuat ramalan, keputusan dan inovasi.
PADA TAHUN 1975 Albert Shapero
  • Usahawan mengambil inisiatif mengatur mekanisma sosial dan ekonomi serta menerima risiko kegagalan.
PADA TAHUN 1985 Robert Hisrich

  • Keusahawanan ialah proses mencipta ataupun mengeluarkan sesuatu yang berlainan, mengalami masalah kewangan,gangguan psikologi dan risiko sosial serta menerima imbuhankewangan dan mencapai kepuasan diri.

Comments

Popular posts from this blog

SURAT-SURAT PERNIAGAAN

Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah: a. Surat menyurat dengan pihak bank. Contoh : ·   Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek. ·   Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat b. Surat menyurat dengan pihak Insuran Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian . c. Surat kepada pemborong Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatan dalam urusan pembekalan dan pesanan barang. d. Sebutharga dan Pentaksiran Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak. e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis. Contoh : ·   Surat berkaitan pemilik baru perniagaan ·   Surat pemberitahuan kepada pelanggan ·   Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ; Fungsi Peniaga Usahawan Takrif Umum Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Membentuk Perniagaan Baru Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil. Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenal...

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .