DEFINISI
KOMPETENSI KEUSAHAWANAN
Kompetensi keusahawanan
bermaksud kemampuan diri seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan
dengan lebih berkesan bersesuaian dengan tugasnya sebagai seorang usahawan.
KOMPETENSI
KEUSAHAWANAN
Berikut ini disenaraikan
kompetensi keusahawan diri terhadap usahawan-usahawan berjaya yang mana
dianggap penting dari sudut nilai-nilai keusahawanan, sikap dan motivasi
keusahawanan.
1.Berinisiatif
Daya inisiatif adalah satu
daripada kompetensi keusahawanan yang paling penting kerana dengan ciri ini
beliau akan mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu
situasi atau keadaan dengan cekap. Hasil daripada sikap tanpa menunggu
diarahkan atau dipaksa melakukan sesuatu untuk kejayaan sendiri, individu yang
berinisiatif itu dapat melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan melalui
intuisi dan imiginasinya. Sikap ini akan
membawa usahawan tersebut selangkah lebih maju dari orang lain.
2.Melihat dan
Merebut Peluang
Kejayaan seseorang usahawan
banyak bergantung kepada kemampuannya melihat dan merebut peluang-peluang yang
wujud di sekitarnya. Kata-kata hikmat yang penting kepada seseorang usahawan
ialah peluang mesti dicari, ianya tidak diberi. Peluang-peluang perniagaan
boleh wujud hasil daripada perkara-perkara seperti permintaan yang tidak dapat
dipenuhi oleh usahawan lain, kewujudan teknologi baru, kemahiran yang wujud
dalam persekitaran, sumber-sumber alam yang belum diterokai dan halacara baru
dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
3.Kecekalan
Liku-liku hidup seorang
usahawan adalah kompleks. Usahawan perlu mengharungi berbagai-bagai halangan
dan masalah perniagaan. Untuk itu, usahawan perlu mempunyai ketabahan dan
kecekalan diri yang tinggi. Sikap seseorang yang cekal iaitu berusaha
berulangkali atau mencari jalan untuk mengatasi rintangan-rintangan yang
menghalang pencapaian maklumat.
4.Mencari
Maklumat
Kejayaan atau kegagalan
sesebuah syarikat banyak bergantung kepada mutu maklumat yang diperolehi, secukup
mana maklumat itu dikumpul dan cara maklumat tersebut digunakan dalam membuat
keputusan. Usahawan yang sensitif kepada maklumat akan mempelajari dan
mengambil ikhtibar dari apa jua bentuk maklum balas yang diperolehi samada
dalam bentuk kritikan dari orang lain atau dari hasil perbuatannya sendiri.
5.Menitikberatkan Mutu Kerja
Yang Tinggi
Seseorang usahawan tulin akan
sensitif dan sentiasa menitikberatkan mutu dan piawaian penghasilan kerja atau
perkhidmatan mereka. Usahawan tidak
melakukan kerja semata-mata untuk menyelesaikan tugasnya tetapi melalui
kerjanya ia akan mencari kepuasan dengan tahap pencapaian yang cemerlang dan
bermutu. Hanya dengan kerja-kerja yang bermutu, usahawan itu dapat meluaskan
pasarannya dan meningkatkan lagi prestasi serta imej syarikat dan dirinya.
6.Komitmen
Terhadap Perjanjian Kerja
Usahawan perlu mempunyai
sikap menepati perjanjian kerja dengan menunjukkan usaha yang berlebihan dan
melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja. Usahawan yang
berjaya dapat menarik kepercayaan pelanggan melalui sikapnya yang sentasa
menepati janji. Kepercayaan pelanggan adalah kunci kepada kestabilan sesebuah
syarikat.
7.Berorientasi
Ke Arah Kecekapan
Seseorang usahawan yang
berdaya maju akan sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti
syarikat dan dirinya sendiri. Peningkatan produktiviti bermakna membuat
pengeluaran atau memberikan perkhidmatan dengan kos yang lebih menjimatkan atau
dengan masa yang lebih pantas tanpa menjejaskan prestasi pengeluaran. Hanya
dengan cara ini, pembaziran dapat dielakkan. Individu yang menitikberatkan
kecekapan diri atau syarikatnya akan mencuba sedaya upaya menggunakan maklumat
perniagaan atau kaedah pengurusan yang baik untuk membetulkan tahap kecekapan
syarikat dari aspek penggunaan bahan mentah, modal, tenaga manusia, mesin
dan jentera serta teknologi.
8.Membuat
Perancangan Yang Sistematik
Seseorang usahawan perlu
membuat perancangan yang sistematik dengan merancang dan mengatur langkahnya dengan
membahagi-bahagikan tugas atau kerja yang besar kepada tugas yang lebih kecil
dan mudah. Mewujudkan rancangan yang dapat mengatasi rintangan-rintangan yang
dijangkakan.
9.Menyelesaikan
Masalah
Alam perniagaan penuh
dengan pelbagai masalah. Usahawan yang inginkan kejayaan perlu mampu
menyelesaikan masalah dengan cara mencari dan melahirkan idea-idea baru atau
penyelesaian masalah secara inovatif. Di samping itu mereka perlu mewujudkan
strategi-strategi alternatif yang lebih cekap dan lebih baik untuk mencapai
matlamat perniagaan.
10.Keyakinan
Diri
Usahawan perlulah mempunyai
keyakinan terhadap diri sendiri dan menunjukkan sikap yakin terhadap kemampuan
diri dalam membuat keputusan atau dalam menyahut sesuatu cabaran. Individu tersebut juga perlu berpendirian terhadap
apa yang sedang dilakukan.
11.Ketegasan
Sikap individu yang tegas
ialah sanggup menyuarakan sesuatu masalah kepada orang lain secara langsung dan
mengambil tindakan walaupun menghadapi banyak tentangan daripada pihak lain.
12.Meyakinkan
Orang Lain
Fungsi utama seorang
usahawan ialah mempengaruhi keadaan persekitarannya. Persekitaran usahawan
termasuklah individu-individu atau institusi-institusi. Usahawan berurusan
dengannya untuk menggerakkan sumber-sumber organisasi, mendapatkan bahan
mentah, mengelolakan proses pengeluaran dan perkhidmatan. Kesemua aktiviti
tersebut memerlukan kemahiran untuk memujuk dan meyakinkan orang lain. Tanpa
kemampuan tersebut, usahawan akan gagal mempengaruhi pelanggan atau pembekal
untuk memberi sokongan kepada perniagaannya.
13.Menggunakan
Strategi Pengaruh
Usahawan sebagai pemmpin
mesti mempunyai kecenderungan untuk memikirkan strategi-strategi yang boleh
mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah dalam mencapai matlamat perniagaan.
14.Bermatlamat
dan Berwawasan
Usahawan perlu mempunyai
wawasan yang jauh dan mewujudkan matlamat yang jelas dan boleh diukur
pencapaiannya. Beliau harus peka
kepada kemampuan sendiri dan mengenalpasti halangan dalaman dan luaran supaya
halangan-halangan tersebut dapat diatasi.
15.Bertenaga
Usahawan yang bertenaga adalah
usahawan yang sanggup bekerja di waktu-waktu luarbiasa dan sanggup mengorbankan
waktu rehat apabila tugas-tugas keusahawanan memerlukan mereka.
Comments
Post a Comment