Peluang ialah satu keadaan yang boleh memberi faedah atau membawa kejayaan kepada seseorang yang muncul atau diwujudkan untuk diambil segera. Peluang biasanya menghampiri seseorang itu dalam keadaan yang samar-samar dan tidak pasti. Cuma seseorang yang cekap dan bersedia sahaja yang dapat mencekup peluang yang ujud di hadapannya. Peluang yang lambat direbut akan terlepas ke tangan orang lain. Setiap perniagaan bermula daripada peluang yang dapat dikenalpasti dan diambil kesempatan untuk dimajukan. Kewujudan peluang perniagaan untuk menawarkan barangan dalam pasaran tertentu bergantung kepada perubahan dan arah aliran dalam faktor-faktor persekitaran yang meliputi suasana ekonomi, sosiobudaya, politik, undang-undang, teknologi dan tahap persaingan. Ini ialah kerana faktor-faktor persekitaran mempengaruhi perubahan dalam permintaan pelanggan terhadap jenis barangan tertentu. Maka, proses memerhati dan meneliti perubahan dan arah aliran dalam faktor-f...