Skip to main content

Posts

KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

PENGENALAN Untuk menjalankan sebuah perniagaan dan mempastikan ianya bergerak kearah mencapai matlamat agar beroleh kejayaan bukanlah satu perkara yang mudah. Berbagai bentuk ilmu pengetahuan dan kemahiran tentang perniagaan perlu diketahui dan dipelajari oleh setiap individu yang ingin menceburi bidang keusahawanan. Selain pengetahuan pengurusan perniagaan seperti Pengurusan Pemasaran dan Pengurusan Organisasi, usahawan juga perlu menguasai berbagai kemahiran untuk mempastikan perniagaannya bukan sahaja maju tetapi juga berdaya saing, berkembang dan bertahan lama. Untuk itu, antara kemahiran keusahawanan yang dibincangkan didalam unit ini ialah : 1. Teknik dan kemahiran dalam mencari peluang melalui pemikiran kreatif. 2. Kemahiran mengambil risiko 3. Kemahiran mencari sumber dalam perniagaan. 4. Kemahiran komunikasi dalam perniagaan. 5. Kemahiran membentuk jaringan. 6. Kemahiran kejurujualan

KONSEP KEUSAHAWANAN

PENGENALAN BERKENAAN KONSEP USAHAWAN Apabila membincangkan topik perniagaan, kita tidak dapat lari dari bercakap mengenai keusahawanan kerana keusahawanan adalah teras dan tunjang kepada perniagaan. Jadi pendapat yang mengatakan seorang usahawan adalah seorang peniaga, tetapi seorang peniaga tidak semestinya seorang usahawan adalah tepat. Keusahawanan dan pembentukan urusniaga baru penting bagi mencipta dan mengekalkan ekonomi yang sihat kerana ia mencipta peluang-peluang pekerjaan baru, menambah keupayaaan eksport negara dan pertumbuhan ekonomi. Seseorang usahawan berfungsi sebagai pembangun ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan dunia. ( Zafir, 2005) Lantaran kehebatan peranan keusahawanan itu, seluruh masyarakat dunia sejak zaman dahulu lagi berlumba-lumba menceburkan diri dalam bidang ini. Masyarakat Melayu dan Bumiputera juga tidak ketinggalan. Apabila kita mengimbas kembali Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, penglibatan orang Melayu dalam bidang pernia...