Skip to main content

Maksud Elaun Modal

Elaun Modal
Dalam menentukan pendapatan larasan sesuatu perniagaan bagi suatu tempoh asas, tiada potongan diberi untuk perbelanjaan modal atau susut nilai bagi aset yang digunakan dalam menghasilkan pendapatan tersebut. Walau bagaimanapun, Jadual 3, Akta Cukai Pendapatan 1967 telah memperuntukkan potongan berupa elaun untuk perbelanjaan modal tertentu yang telah dilakukan.
Elaun modal hanya diberi kepada perniagaan. Hanya orang yang melakukan perbelanjaan pemerolehan aset yang digunakan di dalam perniagaan beliau sahaja yang layak menuntut elaun modal tersebut. Contoh aset yang digunakan di dalam perniagaan adalah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan lain-lain lagi.
Jumlah elaun modal hendaklah diisikan dalam ruangan berkaitan yang terdapat dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan.
Jenis Dan Kadar Elaun Modal
Jenis Aset
Elaun Permulaan (%)
Elaun Tahunan (%)
Jentera Berat / Kenderaan Bermotor
20
20
Loji dan Jentera
20
14
Komputer dan Peralatan ICT
20
40
Lain-Lain
20
10
Nota :

  1. Jentera Berat - Jentolak, kren, penarik, jengkaut, jemparas, pengangkut, riper rola, pencabut akar, pencakar, penyodok, jentarik, vibrator wagon dan sebagainya. 
  2. Kenderaan Bermotor - semua jenis kenderaan yang beroperasi dengan motor seperti kereta, motorsikal, kapal terbang, kapal dan sebagainya. 
  3. Loji dan Jentera - Loji dan jentera am yang tidak termasuk dalam jentera berat seperti penyaman udara, pemampat, lif, peralatan perubatan dan makmal, ketuhar dan sebagainya. 
  4. Lain-Lain - Peralatan pejabat, perabot, dan kelengkapan. 
  5. Bagi kenderaan yang tidak dilesenkan untuk tujuan komersil, perbelanjaan modal layak untuk tuntutan elaun modal adalah terhad kepada maksimum RM 50,000 sahaja. 

    Kenderaan yang dilesenkan untuk pengangkutan barang atau penumpang secara komersil seperti lori, trak, bas, bas mini, van, teksi atau kereta sewa tidak termasuk dalam sekatan tersebut. 

    Walau bagaimanapun, mulai tahun taksiran 2001, had maksimum perbelanjaan modal layak untuk tuntutan (selain dari kenderaan yang dilesenkan untuk kegunaan komersil) yang dibeli pada atau selepas 28/10/2000, telah dinaikkan dari RM50,000 kepada maksimum RM100,000 dengan syarat :- 

    1. Kenderaan yang dibeli adalah kenderaan baru
    2. Harga atas jalan kenderaan baru dibeli tersebut adalah tidak lebih dari RM150,000.

Comments

Popular posts from this blog

SURAT-SURAT PERNIAGAAN

Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah: a. Surat menyurat dengan pihak bank. Contoh : ·   Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek. ·   Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat b. Surat menyurat dengan pihak Insuran Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian . c. Surat kepada pemborong Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatan dalam urusan pembekalan dan pesanan barang. d. Sebutharga dan Pentaksiran Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak. e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis. Contoh : ·   Surat berkaitan pemilik baru perniagaan ·   Surat pemberitahuan kepada pelanggan ·   Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .

APA YANG DI MAKSUDKAN BAHAN MENTAH

Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti : ·   Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan . ·   Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang                berpatutan . ·   Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ; Fungsi Peniaga Usahawan Takrif Umum Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Membentuk Perniagaan Baru Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil. Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenal...