Skip to main content

Posts

8 KEMAHIRAN YANG PERLU ADA DALAM DIRI SEORANG USAHAWAN

ANTARA LAPAN KEMAHIRAN YANG PERLU ADA DALAM DIRI SEORANG USAHAWAN: 1. BOLEH MENJUAL. -           KITA HANYA BOLEH MEMBERI APA YANG KITA MILIKI. KITA HANYA BOLEH MENJUAL APA YANG KITA PERCAYAI. 2. SUDAHKAN APA YANG KITA MULAI. -           MEREKA YANG SUKA BERHENTI DITENGAH JALAN, MEREKA YANG MAKAN TANPA MENGHABISKAN, MEREKA YANG KUAT BERSEMBANG TANPA PENYUDAHAN USAH MASUK PLANET ORANG BISNES. 3. BELAJAR BUAT KEPUTUSAN . -           BUAT KEPUTUSAN. BUAT KEPUTUSAN. MANUSIA YANG TERUMBANG AMBING DI LAUTAN TANPA TAHU KEARAH MANA BAHTERA MAHU DILAYARKAN TIDAK LAYAK JADI USAHAWAN. 4. YAKIN DIRI. -           YAKIN UNTUK SERLAHKAN KEUPAYAAN ORANG LAIN. YAKIN PADA IDEA. YAKIN PADA UPAYA. YAKIN DAPAT BANGKIT SEMULA TATKALA TERJATUH KE LUBANG BAHAYA. YAKIN ADA ALLAH SWT YANG AKAN BANTU KITA SEBAGAI...

PANDUAN UNTUK MENJADI JURUJUAL YANG BERJAYA.

·   Mempunyai perwatakan yang menyenangkan dan mengetahui cara-cara melayan pelanggan seperti : - Senyum, bermanis muka, ramah dan berbudi bahasa. - Imej diri yang bersih dan sedap mata memandang termasuk dari segi berpakaian. - Mudah memulakan perbincangan dan melayani perbualan. ·   Wujudkan suasana yang selesa samaada di tempat kerja atau di premis perniagaan seperti kebersihan, persekitaran yang selesa dan menarik serta layanan yang mesra. ·   Mesti mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang barangan /perkhidmatan yang hendak dijual. Bersedia untuk menjawab yang tepat keatas sebarang persoalan yang timbul khusus tentangbarangan/perkhidmatan tersebut. ·   Bersedia untuk memberi pertolongan khususnya perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan yang membeli produk/mendapat perkhidmatan.

12 CIRI-CIRI JURUJUAL YANG BERJAYA.

Jurujual yang berjaya perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut : S  - Sense of direction (Bermatlamat) A  - Aggressive (Cergas) L  - Loyalty (Setia) E  - Excitement (Kegairahan) S  - Sincerity (Keikhlasan) M  - Mannerism (Bersopan santun) A  - Action (Tindakan) N  - No is not an answer (Tidak beralasan) S  - Skill (Kemahiran) H  - Honesty (Amanah/Jujur) I  - Integrity (Kegigihan) P  - Persistence (Tabah/Cekal)

PRINSIP KEJURUJUALAN

Terdapat 4 prinsip dalam teknik kejurujualan iaitu : A -  Attention (Perhatian) Menarik perhatian pelanggan kepada pendapat yang hendak dikemukakan. I -  Interest (Minat) Menimbulkan minat pelanggan terhadap pendapat dan barangan yang hendak dijual. D -  Desire (Keinginan) Menimbulkan keinginan /kemahuan kepada pelanggan untuk menerima pendapat atau barangan yang hendak dijual. A -  Action (Tindakan) Perlukan tindakan pelanggan untuk membeli barang yang dijual.

KEPENTINGAN KAD PERNIAGAAN

·   Pengenalan diri sebelum memulakan urusan perniagaan. ·   Membentuk imej awal syarikat ·   Pengukuhan dalam strategi jaringan untuk membentuk hubungan.                      ·   Tujuan publisiti dan promosi

CIRI-CIRI KAD PERNIAGAAN YANG BAIK

·   Ia mesti mempunyai maklumat-maklumat seperti berikut : - Nama dan jawatan pemilik kad perniagaan - Nama syarikat, alamat dan nombor pendaftarannya. - No telefon dan fax. - Logo syarikat - perkhidmatan yang ditawarkan / perniagaan yang dijalankan - Alamat cawangan jika ada. ·   Menarik untuk dilihat ·   Rekabentuk yang kemas dan teratur. ·   Menggunakan tulisan yang jelas dan bersesuaian. ·   Menggunakan warna dan kertas yang bersesuaian .