Skip to main content

Posts

PRINSIP- PRINSIP BERFIKIR SEBAGAI SEORANG USAHAWAN

Orang-orang yang mahir berfikir, secara yang mereka tidak sedari mempunyai prinsip-prinsip berfikir seperti yang disenaraikan dibawah :- ·   Sentiasa bersikap membina  dan bukan mencari alasan-alasan untuk membuktikan orang lain salah. ·   Berfikir secara sederhana , mereka gemar bertanya, " Ada atau tidak cara lain yang lebih senang ? " ·   Sentiasa mencari-cari pilihan lain , tanggapan lain dan idea-idea baru. Mereka tidak suka bergantungkepada satu jawapan yang betul sahaja. ·   Tidak suka bertelagah pendapat atau mencari salah orang . Pemikir yang mahir pandai mendengar bukan pandai berdebat. ·   Memisahkan ego daripada pemikiran. Ini kerana ego adalah halangan utama untuk menjadi pemikir yang mahir. ·   Merendah diri kerana mereka percaya pemikiran mereka sendiri pun belum tentu betul.

ALAT-ALAT PEMIKIRAN KREATIF SEBAGAI USAHAWAN

Pada asasnya, kemahiran berfikir adalah kemahiran menerbitkan pelbagai alternatif iaitu belajar berfikir bukanlah belajar logik. Hujah yang logik biasanya berdasarkan kepada persepsi yang sempit atau salah . Belajar berfikir ialah belajar persepsi atau memahami melalui tanggapan-tanggapan. Kebijaksanaan terlahir hasil dari kesan daya persepsi atau daya tanggapan. Kemahiran berfikir dan kemahiran berbahas (kepetahan bercakap) adalah dua bentuk kemahiran yang jauh berbeza dan tiada kaitannya. Kemahiran berbahas atau kepetahan bercakap ialah kemahiran membuktikan bahawa orang lain salah berdasarkan bahan rujukan yang banyak, pengetahuan tentang bermacam-macam konsep dan logik. Orang yang pintar ini pandai menjawab bermacam-macam soalan dimana semua maklumat yang diperlukan untuk menjawabnya ada.

TEKNIK DAN KEMAHIRAN MENCARI PELUANG SEBAGAI USAHAWAN

Peluang  bermaksud kesempatan yang boleh dimanafaatkan demi untuk kepentingan diri dan masyarakat. Peluang mesti direbut jika tidak ia akan luput atau terlepas ketangan orang lain. Perkara yang menghalang dari sesuatu peluang itu untuk diambil disebut sebagai  Kekangan.  Tidak cukup wang , kurang pengetahuan atau tidak mempunyai kelayakan adalah antaraperkara yang menjadi penghalang untuk seseorang mendapat peluang . Berikut adalah antara faktor-faktor yang membolehkan seseorang itu melihat peluang : a.   Daya fikiran . b.   Melalui masaalah yang ada . c.   Melalui keperluan manusia. d.   Mengkaji selidik barang ada. e.   Meneliti permintaan pasaran f.   Meneliti perkembangan ekonomi dan pembangunan negara. g.   Melalui pergaulan harian. Sebenarnya kejayaan seseorang usahawan mempunyai perkaitan yang rapat dengan sejauhmana kebolehan mereka mencari, mengenal, merebut dan mengujudkan pe...

MENGENALI KONSEP KENDIRI USAHAWAN

Kendiri merupakan anggapan atau persepsi diri kita terhadap “jenis dan orang bagaimanakah diri kita ini”. Ringkasnya ia adalah gambaran mental diri kita. KEPENTINGAN MENGENAL DIRI Di antara kepentingan mengenali diri sendiri adalah seperti berikut. 1.   Membolehkan diri sendiri memahami dan menerima diri kita sebagai individu yang unik. 2.   Apabila kita dapat menerima diri sendiri, kita lebih bersedia menerima orang lain walaupun mereka berbeza dari kita. 3.   Membantu kita menjalinkan perhubungan mesra dengan orang lain seperti ahli keluarga, rakan, jiran dan orang- orang di sekeliling kita. 4.   Mengenal diri kita juga membolehkan kita mengetahui kelebihan / kekuatan dan kekurangan / kelemahan diri sendiri. 5.   Mengenal diri juga membantu supaya kita sedar akan kewujudan yang lebih besar iaitu Tuhan yang maha esa. KAEDAH MENGENAL DIRI Kaedah mengenal diri terdiri dari 2 iaitu: 1.   Pengkajian diri sendiri. 2.   ...

BAGAIMANA MELAKSANAKAN ETIKA PERNIAGAAN?

Ada   tiga cara untuk memastikan pelaksanaan etika perniagaan: a)      Peniaga atau pengusaha ü   Peniaga atau pengusaha harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai etika perniagaan Islam dan ini menuntut agar mereka sentiasa membaca syarat yang terangkum dalam syariat Islam. ü   Mereka harus yakin bahawa mereka akan dihadapkan kepada Allah di hari akhirat nanti dan timbul perasaan takut untuk melanggar perintahNya b)   Pengguna atau pembeli ü   Pengguna harus memahami etika perniagaan Islam dan memastikan agar peniaga dan pengusaha mengamalkannya. c)   Peranan kerajaan ü   Menyediakan garis panduan yang lengkap mengenai etika perniagaan untuk diedarkan kepada peniaga dan pengusaha-pengusaha. ü   Memastikan bahawa pengusaha dan peniaga memahami garis panduan tersebut dan melaksanakannya.

APAKAH ITU ETIKA PERNIAGAAN DI MALAYSIA

Etika ialah satu perkataan yang datang dari bahasa Greek ‘Ethos’ yang memberi maksud ‘Code Of Human Conduct’ atau peraturan yang membatasi gelagat manusia. Oleh itu apabila di sebut etika perniagaan ia memberi erti peraturan-peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan perniagaan. SUMBER ETIKA PERNIAGAAN Etika perniagaan adalah di perolehi daripada dua sumber utama hukum islam ia itu Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan memahami etika perniagaan kita akan dapat memastikan perniagaan akan diredhai oleh Allah. Prinsip tidak memudaratkan merujuk kepada peraturan yang mengerakan tindakan dan gelagat pimpinan serta pihak bawahan yang dalam hubungan sesama mereka. Hubungan yang berasaskan prinsip ‘tidak memudaratkan’ ini menghalang atau mengurangkan sifat atau tindakan yang negatif terhadap orang lain, dengki mendengki, mementingkan diri sendiri atau tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap seseorang. Ia juga merujuk kepada kesan prod...

APA YANG DI KATAKAN FAKTOR PENOLAK DALAM KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Faktor penolak bermaksud faktor yang menolak seseorang/terpaksa menceburi bidang keusahawanan. KEKECEWAAN   akibat: ·   Peluang terbatas Seseorang terdorong menceburi bidang keusahawanan akibat dari kekecewaan. Kekecewaan ini akibat dari terbatasnya peluang pekerjaan terutamanya dari kalangan pendatang. Ini jelas apabila masyarakat Cina di Malaysia menjadi pedagang kerana pada asalnya mereka hanya pendatang peluang mendapatkan rezeki adalah terbatas. ·   Ekonomi meleset Keadaan memaksa juga berlaku apabila ekonomi meleset. Apabila ekonomi meleset kerajaan dan swasta akan mengurangkan perbelanjaan mereka. Akibatnya peluang pekerjaan terhad. Maka individu akan terdorong untuk bekerja sendiri dan memulakan perniagaan adalah satu langkah yang bijak. ·   Ketidakpuasan Selain itu tidak kurang juga individu yang tidak mendapat kepuasan dari pekerjaan yang dilakukannya atau jawatan yang disandang. Ini mungkin disebabkan oleh gaji rendah, tidak sesuai de...